PENYANYI Aizat Amdan, 35, mengumumkan bakal bertarung dalam sukan Muay Thai peringkat amatur selepas setahun berlatih seni pertahan diri itu.
Menganggap ia masa sesuai untuk menceburkan diri dalam sukan lasak tersebut, pelantun lagu Hanya Kau Yang Mampu itu berkongsi perkara berkenaan di laman Instagram peribadinya pada Khamis.
BACA LAGI: Aktif di TikTok, guru silat mahu 'bersihkan' imej seni bela diri Melayu, tarik minat semua bangsa
"Lebih setahun saya diamkan mengenainya, tapi saya teruja untuk berkongsi dengan anda semua yang saya akan bertarung dalam pertarungan Muay Thai amatur pada 12 Oktober nanti.
"Latihan dia tak kelakar, rutin pagi petang, balik tidur. Doakan semoga semua berjalan lancar," katanya.
Turut mengajak orang ramai tampil memberikan sokongan pada perlawanan tersebut, Kejohanan Sukan Muay Thai itu bakal berlangsung pada 12 Oktober di Ara Gym, Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada 12 Oktober kelak.
Terdahulu, anak jati Kuala Lumpur itu pernah menjuarai Anugerah Juara Lagu pada 2009 menerusi lagu Pergi ciptaan Pete Teoh.
Tampil dengan persembahan serba ringkas, Aizat berjaya menjulang trofi berprestij tersebut menerusi lirik dan konsep persembahan yang cukup memukau pada ketika itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram