[VIDEO] Isteri durjana 'lesap' tinggalkan suami terlantar lepas kemalangan


  • Tular
  • Khamis, 25 Jan 2024

Tangkap layar seorang lelaki dipercayai mengalami kecacatan akibat kemalangan beberapa bulan lalu.

MALANG menimpa seorang suami apabila ditinggalkan isterinya selepas mengalami kecacatan akibat kemalangan beberapa bulan lalu.

Situasi itu bertambah malang apabila lelaki terbabit, Amir Haikal dikatakan turut kehilangan hampir separuh daripada wang pampasan insuransnya selepas dilarikan isterinya.

Pernah mengecapi kebahagiaan satu ketika dahulu sebagai pasangan suami isteri, namun sisa hidupnya kini hanya bergantung kepada mesin pernafasan serta kerusi roda.

BACA LAGI: [VIDEO] Suami durjana, berulang kali hentak kepala isteri guna pintu peti sejuk

BACA LAGI: [VIDEO] ‘Couple durjana’ cuba ragut, larikan kereta ibu mentua di Kelantan

Kesedihan itu dikongsikan seorang lelaki dipercayai abang kepada Amir Haikal di laman media pada Khamis.

"Masa Amir sihat kami saksi Amir dah buat terbaik untuk isteri, beri segala kemewahan yang dia mahukan.

"Tapi dia cuma pandang duit Amir sampai insurans dan pampasan kemalangan pun semua dia kebas bawa lari tak tinggal sikit pun untuk Amir.

"Susu pun dia tak bagi pada Amir...maafkan abang sebab muat naik video ini sebab abang dah tak boleh tahan, banyak sangat bersabar, semoga Amir sihat seperti sedia kala aminn," ujarnya dalam hantaran tersebut.

Dihujani kecaman di ruangan komen, rata-rata netizen menggesa agar si isteri tampil memberikan penerangan berhubung dakwaan tersebut.

Namun, belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan pihak berkenaan setakat ini dan orang ramai diminta tidak membuat spekulasi berkaitan hal itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram