SERING kali terpalit dengan isu mistik dan pemujaan, segelintir pihak menganggap seni bela pertahan diri silat kurang sesuai dipelajari golongan kanak-kanak mahupun generasi muda zaman sekarang.
Malah, ada pihak cuba mencetuskan kontroversi apabila membuat perbandingan silat dengan beberapa lagi seni pertahan diri lain yang disifatkan lebih popular seperti taekwando, karate dan muay thai.
Pandangan itu walau bagaimanapun cuba diatasi oleh seorang guru silat yang bergiat aktif di laman sosial TikTok @Penceritatv.
BACA LAGI: Dulu Apa Celop Toq kini Oh! Makcik, satira sinikal jadi 'makanan' Taiyuddin Bakar bersama Uncure
Gemar menghasilkan video ulasan berkaitan seni silat di Malaysia, pemilik akaun itu, Azrul Affandi Sobry, 46, menjelaskan objektif utamanya adalah bertujuan membersihkan imej silat yang menurutnya terlampau banyak ditokok tambah maklumat tidak benar.
"Saya mula aktif di media sosial ketika era Covid-19, ketika itu saja buat video suka-suka dan gemar bercerita berkaitan isu semasa berbentuk ulasan.
"Tapi lama-kelamaan saya rasa sebagai seorang pesilat, tak salah kalau gunakan platform ini untuk sebarkan ajaran dan perkembangan berkaitan hal-hal silat.
"Saya nak bersihkan imej silat yang banyak orang kata kolot, ajaran sesat dan macam-macam lagi, walhal sebenarnya semua bangsa boleh belajar silat," katanya kepada Majoriti.
@penceritatv Pusaka Gayong Selangor kami senada, berjuang untuk jati diri anak bangsa. Dari utara ke selatan kami bersama, agama bangsa dan tanah air diangkat ke persada. #penceritatv #tiktoksilat #pusakagayong ♬ original sound - Azrul Affandi Sobry
Meskipun begitu, Azrul tidak menafikan bahawa elemen sesat dan syirik masih diamalkan segelintir pihak namun tidak semua yang mengamalkan ilmu sedemikian.
Seni silat juga semakin berkembang maju dan moden yang menurutnya boleh dipelajari pelbagai bilangan bangsa dan agama.
"Seni silat olahraga dan sukan misalnya antara yang boleh disebarkan secara meluas kerana ia juga dipertandingkan di sekolah dan peringkat kebangsaan.
"Berbeza dengan silat gayong, hanya individu beragama islam sahaja dibenarkan menuntut kerana ada bacaan dan surah-surah yang perlu diamalkan dalam gerakan.
"Tapi kalau kita lihat sebenarnya silat semakin diminati ramai terutamanya golongan kanak-kanak, anak murid saya pun ramai dan ibu bapa rata-ratanya menyuarakan sokongan penuh untuk anak-anak mereka belajar silat," tambahnya.
Dalam pada itu, Azrul yang juga merupakan seorang bekas wartawan, kini berkhidmat sebagai Penolong Ketua Unit Video di salah sebuah syarikat media tempatan.
Pernah tercalon bagi kategori Rising Star Of The Year pada Anugerah TikTok Malaysia 2023, akaun TikToknya memiliki 1.3 juta pengikut setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook,