BUAT julung kalinya, penyanyi terkenal tanah air, Ernie Zikry, 32, bakal mengadakan konsert solo pertamanya di The Plenary Hall, Kuala Lumpur, Malaysia pada 25 Januari 2025.
Hantaran video 'Saya Ibu, Saya Isteri, Saya Ernie Zakri' dimuat naik di laman Instagram peribadinya menamatkan penantian ramai apabila mengumumkan perkara itu pada Ahad.
Kelab peminatnya, ‘Ernienators’ antara kumpulan yang tidak sabar untuk hadir dan menonton konsert penyanyi kesayangan mereka itu yang bertajuk Aura: Ernie Zakri Live in Concert kelak.
BACA LAGI: Asalnya lagu PLKN, sentuhan Afdlin Shauki menerusi Erti Hidup julang Dayang Nurfaizah di pentas AJL
Dalam pada itu, beberapa artis tanah air turut teruja menantikan ketibaan konsert tersebut apabila meninggalkan ucapan tahniah di ruangan komen.
Penyanyi meningkat naik, Aisya Retno antara yang terawal mengesahkan tempat untuk hadir pada persembahan itu menerusi komen 'Ready aahhh I Love U Kak, shes the moment'.
Saling berbalas mesej di ruangan komen, ciapan Ernie Zakri pada bekas naib juara Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-38 itu seolah-olah memberi petanda untuk menjemput penyanyi lagu Sutera itu turut serta bersamanya di atas pentas kelak.
Membalas 'Samudera' pada komen Aisya, judul lagu yang baru dilancarkan Aisya pada minggu lalu itu dijangka akan menjadi salah satu persembahan istimewa diundang pada konsert itu nanti.
Ernie dijangka menyanyikan semua lagu popularnya seperti Gundah, Ku Bersuara, Masing-Masing dan banyak lagi.
Urusan proses pembelian tiket masih belum dinyatakan dan Ernie menjelaskan ia akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram