BELUM lagi ditayangkan, siri Netflix popular Korea Selatan, Squid Game 2 menerima pelbagai komen negatif malah mula diboikot sebilangan penonton di negara berkenaan.
Ia susulan dua pelakon utamanya, Lee Jin-wook dan Oh Dal-soo didakwa pernah terpalit kes jenayah seksual.
Lee Jin-wook sebelum ini berdepan tuduhan merogol seorang wanita berusia 33 tahun namun dibebaskan selepas mahkamah memutuskan kes itu tidak lengkap dan kenyataan mangsa yang dikatakan secara sukarela melakukan perbuatan tersebut.
BACA LAGI: Sama macam Marvel, Sonic The Hedgehog perkenal 3 lagi varian dimensi 'multiverse'
Malah, pelakon berusia 43 tahun itu kemudiannya memfailkan saman balas terhadap wanita terbabit dan dia dijatuhi hukuman penjara selama lapan bulan.
Dilabel sebagai kes 'berat sebelah' oleh masyarakat Korea Selatan, rata-ratanya menganggap keputusan mahkamah tidak adil dan berlaku penindasan terhadap golongan wanita.
Yes the old guy is a sexual predator. So is this and also another squid game s2 actor called Oh Dal Soo whose case was dismissed due to the expiration of the statute of limitations.
Left Oh Dal Soo and right lee jin wook. Both will be on season 2 of squid games pic.twitter.com/Oe1kap8Kqf
— inqilāb (@tastefullysaucy) September 20, 2024
Dalam pada itu, seorang lagi bintang Squid Game 2, Oh Dal-soo turut terpalit isu sama apabila didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang pelakon wanita pada Februari 2018.
Namun, dia menafikan tuduhan tersebut dan siasatan kes berkenaan dihentikan selepas Dal-soo didapati tidak bersalah dan telah membuat permohonan maaf secara terbuka.
Melihatkan kepada rekod jenayah dimiliki kedua-dua pelakon itu, ia sekali gus membawa kepada gerakan boikot besar-besaran warganet terhadap siri kedua popular tersebut.
Perkongsian warganet di laman aplikasi X mendedahkan, beberapa nama pelakon lain dalam siri itu turut terlibat kes jenayah antaranya, Lee Jung-jae, Lee Byung-hun, O Yeong-su.
Untuk rekod, drama siri Squid Game mencetuskan fenomena di peringkat global apabila mencatat jumlah tontonan tertinggi dalam sejarah Netflix.
Pengarahnya, Hwang Dong-hyuk telah memenangi anugerah pengarah terbaik bagi kategori drama bersiri di Anugerah Emmy manakala pelakon Lee Jung-jae dinobatkan sebagai Pelakon Utama Terbaik. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook,