MESKIPUN terkenal di laman sosial, pelantun lagu Retak Hatiku, Iera Milpan atau nama sebenarnya, Syahirah Milpan, 22, tidak segan untuk berniaga ikan.
Perkara itu terbongkar menerusi satu hantaran tular di laman Facebook pada Rabu, memaparkan individu berkenaan sedang sibuk menyusun ikan dipercayai di premis perniagaan milik ibunya di Johor.
Hantaran tersebut meraih perhatian warga maya yang rata-ratanya menganggap penyanyi cantik itu sangat rajin dan tidak berkira untuk membantu keluarga.
BACA LAGI: Bukan saja Green Day, Maroon 5 juga sah beraksi di Malaysia pada Februari 2025
BACA LAGI: Baru berjinak karaoke, Angelina Jolie kesepian hampir setengah abad hidup tanpa ‘kawan makan kawan’
"Rajin dia tolong keluarga, bersih semua barang dia basuh walaupun dah bergelar artis penyanyi," kata Suhaimi Zaff.
"Tak lupa daratan dan mesti tak kekok di dapur, kalau hantaran tinggi pun berbaloi, suara pun merdu kalau dengar dia nyanyi live," ujar Kelbros Imin.
"Selalu tengok dia live di TikTok, memang suara sebiji dalam lagu, berbakat besar dan rajin menjual ikan, tak sombong lupa diri macam sesetengah artis lain," tambah Hansmin Juwin.
Memiliki lebih 1.7 juta jumlah pengikut di TikTok dan 20,000 di Instagram, Iera Milpan merupakan antara penyanyi baharu diminati ramai masa kini.
Lagunya, Retak Hatiku yang dilancarkan pada 10 Julai 2023, mencatatkan sebanyak 32.3 juta tontonan setakat ini sekali gus mendominasi carta tertinggi di laman YouTube. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram