Alif Teega bakal didakwa salah guna dana awam di Mahkamah Kuala Lumpur


Alif Teega (kanan) akan didakwa Mahkamah Kuala Lumpur atas dakwaan penyalahgunaan dana derma awam.

SEORANG pempengaruh media sosial, Mohd Hazalif Mohd Hazani atau lebih dikenali sebagai Alif Teega akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur berhubung dakwaan penyalahgunaan dana derma awam.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, pihaknya telah diberi kebenaran untuk mendakwa tertuduh pada Jumaat.

BACA LAGI: Mahkamah Tinggi tolak permohonan semakan perintah reman pasangan 'influencer'

BACA LAGI: [VIDEO] Ahli perniagaan tudung terkenal, suami direman kes seleweng derma cecah jutaan ringgit

"Mohd Hazalif, lebih dikenali sebagai Alif Teega akan didakwa di mahkamah Kuala Lumpur pada Jumaat," kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan yang disiarkan di TikTok pada Khamis.

Dalam pada itu, SPRM turut membekukan sebanyak 20 akaun bank yang mengandungi dana RM740,000 didakwa ada kaitan dengan isu penyalahgunaan dana membabitkan individu berkenaan.

Terdahulu, pada 11 Julai lalu, Alif Teega, 30, bersama isterinya, Aisyah Hijanah Azhari, 26, direman empat hari susulan dakwaan isu menyeleweng kutipan wang derma bernilai jutaan ringgit. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram