SATU pergaduhan dilaporkan berlaku membabitkan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang maut terbunuh akibat ditendang di kepala dekat Paraguay pada Rabu.
Mangsa, Ismael Dominguez difahamkan membuat penampilan sulung bersama pasukan Club Nacional FC dalam kejohanan Persekutuan Bawah 15 Tahun menentang Boqueron FC.
Namun, situasi bertukar parah apabila kedua-dua pasukan saling bertelagah dan bertumbuk ketika di penghujung permainan.
BACA LAGI: [VIDEO] Pengadil MSSD naik angin lepas dipukul pemain dari belakang di Kubang Pasu
BACA LAGI: [VIDEO] Penyokong, pemain bergaduh sampai tergolek di lereng bukit
Menurut jurulatih Club Nacional, Leonardo Vit berkata, Dominguez diserang dari arah belakang semasa pergaduhan berlaku.
"Apabila Ismael bersama saya, dia disepak dari belakang.
"Ketika itu dia tidak perasan kerana pemain lawan berada di belakangnya," katanya.
Sebaik sahaja rebah ke tanah, Vit menjelaskan bahawa Dominguez tidak sedarkan diri dan ditendang bertubi-tubi oleh beberapa lagi pemain lain.
"Paramedik kami dengan bantuan dari pasukan Boqueron memberikan pertolongan cemas namun, Dominguez difahamkan sudah tidak bernafas," ujarnya.
Rakaman kejadian tersebar meluas di laman sosial dan Vit menjelaskan, situasi sebenar lebih teruk daripada apa yang dipaparkan dalam video tersebut.
Dominguez kemudiannya dikejarkan ke Hospital San Pablo di Asuncion, Paraguay dan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah dialami.
Doktor forensik Gustavo Zaracho berkata, hasil bedah siasat mendapati kecederaan di belakang leher mangsa telah menyebabkan pendarahan dan luka dalaman di kepala.
Bapanya, Isidro Dominguez menjelaskan anaknya memiliki impian untuk bermain mewakili kelab Paris Saint-Germain (PSG) di Perancis.
"Menjadi pemain bola sepak, itulah impiannya namun tidak kesampaian.
"Setiap tahun dia merupakan pelajar terbaik dan amat meminati bola sepak, bagaimana mungkin saya tidak mempunyai harapan untuknya," katanya.
Pengebumian Dominguez telah diadakan di bandar Altos, Paraguay dengan ratusan pelajar dari sekolahnya memegang belon putih sebagai tanda penghormatan.
Pejabat Pendakwa Raya berkata, berdasarkan rakaman insiden itu suspek dipercayai tidak mengambil bahagian dalam perlawanan tersebut namun, menceroboh ke dalam padang dan menyerang mangsa.
Siasatan masih diteruskan dengan pihak polis telah memanggil beberapa pelajar terlibat dalam perlawanan itu untuk memberi keterangan, termasuk seorang remaja berusia 14 tahun. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook,