KUMPULAN muzik pop terkenal, Maroon 5 sah bakal mengadakan konsertnya di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 12 Februari 2025.
Kedatangan kumpulan muzik dari Amerika Syarikat (AS) itu merupakan sebahagian daripada siri jelajah 'Maroon 5 Asia' antara Januari hingga Februari tahun depan.
Perkara itu disahkan menerusi hantaran di laman sosial Live Nation pada Isnin yang turut menjelaskan pra-jualan tiket bakal bermula pada 30 September ini, antara pukul 11 pagi hingga 11.59 malam.
BACA LAGI: [VIDEO] Maaf fans Nadeera, guru vokal pilih suara Aina Abdul lebih sihat dan 'healthy singing'
BACA LAGI: Baru berjinak karaoke, Angelina Jolie kesepian hampir setengah abad hidup tanpa ‘kawan makan kawan’
Konsert siri jelajah itu bakal dimulakan di Manila, Filipina; Jakarta, Indonesia; Bangkok, Thailand; Tokyo, Jepun; Kuala Lumpur, Malaysia dan Kaohsiung, Taiwan.
Maroon 5 yang dianggotai Adam Levine, Jesse Carmichael, James Valentine, Matt Flynn, PJ Morton dan Sam Farrar sudah melancarkan tujuh album setakat ini selain pernah menerima beberapa pengiktirafan antaranya Anugerah Grammy, Anugerah Muzik Amerika, Anugerah Muzik Billboard dan banyak lagi.
Antara lagu hit Maroon 5 yang menjadi kegilaan ramai adalah Payphone, Move Like Jagger, Memories, Sherry Will Be Loved, dan One More Night.
Terdahulu, peminat muzik tanah air turut menerima khabar gembira apabila kumpulan muzik punk rock Green Day, bakal mengadakan konsert buat pertama kalinya di Malaysia pada 18 Februari depan.

Green Day bakal mengadakan konsert di Kuala Lumpur, Malaysia pada Februari 2025.
Ia merupakan persembahan yang amat dinanti-nantikan terutama bagi peminat yang telah mengikuti kumpulan itu sejak era 1990-an dan akan menjadi sebahagian daripada jelajah mereka di Asia Tenggara, selepas Jakarta, Indonesia.
Kedua-dua konsert yang dianjurkan oleh Live Nation itu pastinya bakal menjadi malam yang penuh nostalgia buat peminat lama dan baharu dalam menghayati lagu-lagu yang pernah menjadi kegilaan ramai satu ketika dahulu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
