'Akhirnya dapat anak lelaki', Achey 'pecah lubang' kongsi jantina anak ke-5 Fizz Fairuz


  • Hiburan
  • Rabu, 18 Sep 2024

Fizz Fairuz difahamkan selamat menimang cahaya mata kelima pada Rabu.

PELAKON dan penyampai radio Suria FM, Datuk Fizz Fairuz, 44, meluahkan rasa syukur apabila selamat menimang cahaya mata kelima pada Rabu.

Perkara itu dikongsikan menerusi hantaran di laman Instagram pada Rabu selepas isterinya, Almy Nadia, 38, selamat melahirkan anak bongsunya itu di sebuah hospital ibu negara.

Sementara itu, pelawak, Achey di ruangan komen mengundang perhatian ramai apabila seolah-olah mendedahkan jantina anak pasangan pelakon itu.

BACA LAGI: Saya setuju penganjuran FFM, tapi keputusan itu biar jujur — Fizz Fairuz

BACA LAGI: Suria FM buat kejutan, Fizz Fairuz antara 3 penyampai baharu gantikan Tyzo

"Akhirnya anak lelaki," katanya merujuk kepada emoji bayi lelaki yang dimuat naik Fizz Fairuz di Instagram.

Beberapa selebriti tempatan turut meninggalkan ucapan tahniah di ruangan komen dan rata-ratanya tumpang gembira atas kelahiran tersebut.

"Allhamdulillah dato dapat hero," kata Zarina Zainuddin.

"Alhamdulilah... syukur dan hebat," ujar Nazia Mustafar.

"Tahniaaahhhhh," kata Sharifah Shahira yang juga merupakan penyampai di radio Suria FM.

Untuk rekod, pasangan pelakon itu mendirikan rumah tangga pada April 2004 dan dikurniakan empat anak perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, 9, Nur Afrina Aurora, 8, Nur Afrina Ayra, 6, dan Nur Afrina Aisyah, 3 sebelum ini.

Selain itu, mereka turut mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 15. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram