PENYANYI terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) meluahkan kerinduannya terhadap bekas suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair.
Kenyataan itu dibuat menerusi ucapan sempena ulang tahun Ashraf yang ke-45, menerusi hantaran di laman Instagram peribadinya pada Rabu.
"Selamat hari jadi di syurga, saya rasa saya mempunyai begitu banyak kata untuk diucapkan, begitu banyak cerita untuk diceritakan tetapi saya tidak tahu bagaimana untuk mengatakannya," kata juri Gimme The Mic itu.
"Apa yang boleh saya katakan hanyalah terima kasih. Terima kasih untuk semua detik-detik indah, semua cabaran yang kita lalui bersama, kegembiraan, gelak tawa, dan air mata yang kita kongsikan.
"Terima kasih untuk semua kenangan yang kita ada bersama," katanya.
BACA LAGI: Pernah menuntut di universiti sama, kenali pemilik hati BCL, Tiko Aryawardhana
Untuk rekod, pelakon kelahiran Malaysia, Allahyarham Ashraf Sinclair telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung.
Hasil pernikahannya dengan BCL, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Noah Aidan Sinclair, 13.
BCL kemudiannya melangsungkan pernikahannya dengan Tiko Aryawardhana di sebuah hotel mewah dekat Bali, Indonesia pada 2 Disember tahun lalu.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram