'Lepas ni gaji on time', Kalamullah sah tinggalkan Kedah perkuat Selangor FC


  • Podium
  • Isnin, 16 Sep 2024

Kalamullah Al Hafiz sah berhijrah ke pasukan baharunya, Selangor FC.

DESAS-DESUS perpindahan penjaga gol Kedah FC, Kalamullah Al-Hafiz ke Selangor terungkai apabila skuad Gergasi Merah mengumumkan perkara itu di laman sosial rasminya pada Isnin.

“Skuad Gergasi Merah berbesar hati mengumumkan penjaga gol baharu, Kalamullah Al-Hafiz yang berusia 29 tahun untuk mengharungi baki musim 2024/25 bersama Selangor FC.

"Lebih mesra dengan panggilan Kalam, tiga tahun beraksi sebagai pemain pembangunan Felda United, beliau berjaya menembusi skuad utama pasukan tersebut dan beraksi dalam satu perlawanan.

"Namanya mula dikenali ramai ketika menyertai PJ City FC sejak 2019,” katanya dalam satu kenyataan.

BACA LAGI: Sudah cukup bersedia, Fandi Ahmad letak sandaran di bahu Kpah Sherman 'gari' The Cops

BACA LAGI: Pengurus Selangor Pistons 'telan pahit' apit kanan cedera menjelang aksi STL lawan ATM Guardians

460359470_18454451425006712_7381372457678064237_n

Selangor mengesahkan perpindahan Kalamullah pada Isnin.

Disambut baik penyokong kedua-dua pasukan, penghijrahan Kalamullah ke Selangor dilihat sebagai satu keputusan terbaik buat karier pemain berusia 29 tahun itu.

Manakan tidak, melihatkan kemelut isu gaji yang tiada penghujung di Kedah, membuatkan penyokong rata-ratanya lega akan destinasi baharu Kalamullah.

"Syukur ke Selangor, selesai isu tunggakan gaji dia selama ni kat Kedah, harap diberi layanan baik di Selangor," kata Hairi Jamil.

"Kami terima sepenuh hati, saya percaya anda selalu bermain dengan hati, lupakan episod duka di Kedah dan bangkit bersama Selangor, selamat datang Kalamullah," ujar Nxzrin Ammamiya.

"Lepas ni gaji on time, harap Kalamullah boleh main bagus di Selangor sebab tak ada isu gaji dah, yang penting fokus dalam perlawanan," tambah Bahrin Jusouh.

Sejak menyertai Sang Kenari dari PJ City FC pada akhir tahun 2022, Kalamullah telah merekodkan 36 perlawanan dan 14 rekod tanpa bolos dalam semua kejohanan termasuk lima perlawanan tanpa bolos untuk musim 2024/25.

Kalamullah dijangka bersaing dengan Samuel Somerville, Khairulazhan Khalid dan Azim Al Amin Kamaruddin untuk slot penjaga gol utama Selangor. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram