'Ramai tanya Wan Wala mana?', Lopz Raja Lawak kini aktif jadi 'busker' jalanan di Sabah


  • Hiburan
  • Rabu, 18 Sep 2024

Lopz (kanan) ketika bergandingan dengan rakannya, Wan dalam kumpulan Wala semasa menyertai program Raja Lawak pada 2013.

PERNAH menjuarai program Raja Lawak musim ke-7 pada 2013, kumpulan pelawak, Wala masih diminati ramai masyarakat khususnya peminat sketsa komedi tanah air.

Meskipun kehadiran pelawak generasi baharu semakin bertambah, namun segala idea dan nskhah komedi dipersembahkan kekal tersemat dalam ingatan penonton hari ini.

Buktinya, beberapa video lawak dari kumpulan itu kembali dimuat naik dan meraih perkongsian ramai di laman Facebook sejak kebelakangan ini.

BACA LAGI: [VIDEO] Dikecam kerap bagi 'kata mutiara', ramai cadang Man Raja Lawak jadi pakar motivasi, penceramah di sekolah

BACA LAGI: 'Jangan anak tirikan mereka', Michael Ang desak pemenang emas Paralimpik dapat habuan sama rata

Bagai tak lapuk ditelan zaman, rata-rata peminat masih mengharapkan agar gandingan duo pelawak kelahiran Sabah itu kembali menyinar dalam industri tanah air.

Namun, bagi Lopz atau nama sebenarnya Walawud Parman, 40, dia amat merindui zaman kegemilangannya ketika menjuarai program Raja Lawak satu ketika dahulu hingga ditawarkan menjadi penyampai radio Era di Sabah.

Akui ia merupakan detik manis buatnya, Lopz tidak menolak jika ditawarkan kembali sebagai penyampai radio kerana bidang pengacaraan merupakan minatnya.

"Kalau ada rezeki saya tak tolak, memang rindu zaman jadi penyampai radio satu ketika dahuu tapi kena faham yang situasi sekarang dah berubah.

"Peminat pun ada pilihan yang lebih pelbagai sekarang, ramai pelawak dan artis baharu lebih berbakat tapi kalau masih yang mengenali saya, saya sangat hargai.

"Ada juga yang tag saya di Facebook dalam video lawak dulu-dulu, saya masih aktif dalam pengacaraan tetapi bezanya bukan di kaca televisyen," katanya kepada Majoriti.

Jelasnya, dia kini sedang fokus dalam mengembangkan lagi kariernya selaku pengacara dan pengerusi majlis-majlis di sekitar Sabah.

6287187468683952167

Lopz ketika menjadi penyampai di stesen radio Era Sabah.

Selain itu, bekas penyampai radio Era di Sabah ini turut meneruskan minatnya dalam muzik sebagai pemuzik jalanan dalam mana-mana acara ataupun program di negeri berkenaan.

"Saya memang bermula sebagai pemuzik sebelum menyertai Raja Lawak, cuma rezeki untuk ke bidang seni lebih ke arah melawak tapi saya minat muzik.

"Sebelum ini saya pernah hasilkan lagu dalam iklan Milo, produk pewangi Sugarbomb dan banyak lagi jenama barangan lain.

"Saya pun ada kumpulan busker (pemuzik jalanan) yang digelar Wala Buskers, saya boleh bermain alat muzik dam menyanyi, jadi sekarang memang saya buat apa yang saya minati sejak dulu.

"Karier sebagai pelawak tidak saya lupakan kerana masih menggunakan skil yang ada dalam mana-mana program saya dijemput, saya selalu datang dengan pakej 3 dalam 1 iaitu mengacara, melawak dan menyanyi, jadi penonton pun terhibur," tambahnya.

6287187468683952170

Lopz kini aktif sebagai pemuzik dalam pelbagai program di sekitar Sabah.

Ketika disoal berhubung keinginan untuk kembali beraksi bersama pasangannya, Wan Wala di atas pentas, Lopz menjelaskan ia bergantung pada masa kerana masing-masing dah ada karier tersendiri.

"Kami masih berkawan baik dan orang setiap kali jumpa saya mesti tanya mana Wan, tapi dia pu ada kerjaya lain dan masing-masing sibuk.

"Tetapi kami masih berkawan rapat, Insya-ALLAH akan datang mungkin ada satu program kami akan bersama, kalau ada rezeki di pentas Maharaja Lawak kami tak tolak.

"Itu semua soal rezeki jadi tiada siapa boleh halang," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram