Pernah menuntut di universiti sama, kenali pemilik hati BCL, Tiko Aryawardhana


  • Hiburan
  • Ahad, 26 Nov 2023

Tiko pernah meraikan lebaran bersama BCL (kanan) dan Noah pada tahun lalu. — Instagram

NAMA Tiko Aryawardhana sememangnya mencuri tumpuan warganet apabila timbul khabar angin menyatakan dia bakal melangsungkan pernikahan dengan penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) tidak lama lagi.

Lebih menarik perhatian, BCL memilih tarikh 2 Disember 2023 untuk disatukan bersama teman lelakinya itu di salah sebuah hotel mewah yang terletak di Bali, Indonesia.

Latar belakang pujaan hati BCL itu sememangnya menjadi tanda tanya buat rata-rata peminat kerana masih ramai belum mengenai Tiko atau nama penuhnya, Tiko Pradipta Aryawardhana.

bcl-20231125114938

BCL (kiri) dan Tiko nampak mesra dan selesa bersama. — Agensi

Memiliki persamaan dari sudut agama, Tiko juga merupakan seorang lelaki beragama Islam.

Selain itu, Tiko merupakan lelaki berstatus duda yang memiliki tiga orang anak perempuan.

Dikatakan, dia sudah bercerai dengan bekas isterinya sejak 2021 dipercayai kerana berlaku perselisihan faham dan masalah berkaitan nafkah.

Namun media Indonesia melaporkan hubungan Tiko dan bekas isterinya baik.

WhatsApp Image 2023-11-26 at 2.55.25 PM

Tiko Aryawardhana (belakang, kanan) berjaya memiliki hati BCL untuk dijadikan isteri. — Agensi

Jejaka bertuah yang berjaya memenangi hati BCL itu dilaporkan berkhidmat di sebuah bank terkemuka dalam sektor pengurusan harta yang berkaitan tugas pemasaran dan jualan produk, berdasarkan profilnya di LinkedIn.

Kariernya itu selaras dengan status Tiko sebagai graduan jurusan Fakulti Ekonomi di universiti yang sama dengan BCL iaitu Universiti Trisakti, Jakarta Barat.

Selain itu, Tiko juga aktif dalam mempromosikan acara muzik berbayar menerusi media sosialnya dan pernah muncul sebagai seorang DJ.

WhatsApp Image 2023-11-26 at 2.55.47 PM

Tiko Aryawardhana meminati bidang muzik dan olahraga. — Facebook

Bukan calang-calang orang, Tiko juga merupakan pengasas Bombshell Records seperti yang tertulis pada akaun mixcloud.comnya.

Bombshell Records yang terletak di Jakarta sememangnya terkenal sebagai sebuah syarikat media rakaman khusus untuk peminat vinyl.

Selain minat terhadap muzik dan vinyl, Tiko juga gemar bersukan.

Sebelum ini, media Indonesia melaporkan bait-bait cinta antara BCL dan Tiko bermula ketika mereka menghadiri acara hiburan di Universal Studio Hollywood pada November 2022.

Untuk rekod, BCL pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon kelahiran Malaysia, Allahyarham Ashraf Sinclair yang menghembuskan nafas terakhir pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung.

Hasil perkahwinan pada 2008 itu, pasangan itu dikurniakan anak lelaki, Noah, 12. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram