'Jangan anak tirikan mereka', Michael Ang desak pemenang emas Paralimpik dapat habuan sama rata


  • Hiburan
  • Selasa, 03 Sep 2024

Michael Ang mengucapkan tahniah atas kejayaan jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou menghadiahkan pingat emas negara di Sukan Paralimpik 2024 dekat Paris, Perancis.

PENGARAH dan pelakon terkenal, Michael Ang mengucapkan tahniah atas kejayaan jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou membawa pulang pingat emas pertama Malaysia di Sukan Paralimpik 2024 dekat Paris, Perancis pada Isnin.

Michael dalam pada masa sama, mendesak agar jaguh negara itu diberikan penghargaan yang sama rata seperti atlet lain.

BACA LAGI: 'Smash' padu Cheah Liek Hou tuai emas pertama Malaysia di Sukan Paralimpik 2024

BACA LAGI: Michael Ang hanya menyanyi 'live' jika bayaran lumayan

"Tahniah Malaysia menang emas di Paralimpik Paris 2024, Tahniah Liek Hou.

"Cuma satu saja la nak pesan, pastikan mereka pun dapat habuan sama rata, jangan anak tirikan mereka.

"Emas di Olimpik, mereka pun bermandi peluh dan tangisan untuk capai ke tahap sekarang demi banggakan Malaysia," ciapnya di laman Instagram pada Selasa.

6247040407913480959

Hantaran dimuat naik Michael Ang di laman instagram pada Selasa.

Terdahulu, Liek Hou berjaya mempertahan pingat emas yang dimenanginya pada Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo, Jepun hasil kemenangan straight set 21-13, 21-15 menewaskan wakil Indonesia, Suryo Nugroho.

Ia merupakan emas pertama negara di Sukan Paralimpik 2024 dan pingat kedua keseluruhan selepas pingat pertama disumbangkan oleh Eddy Bernard menerusi acara 100 meter lelaki T44 (kecacatan fizikal). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram