[VIDEO] Dikecam kerap bagi 'kata mutiara', ramai cadang Man Raja Lawak jadi pakar motivasi, penceramah di sekolah


  • Hiburan
  • Jumaat, 13 Sep 2024

Tangkap layar Man Raja Lawak ketika ditemu bual dalam rancangan DOL'S PODCAST di YouTube.

PELAWAK Man Raja Lawak ataupun nama sebenarnya, Abdul Rahman Kasim, 47, baru-baru ini menerima kritikan ekoran penampilannya yang dikatakan kerap memberikan 'kata mutiara' berbanding lawak di pentas.

Gemar menyelitkan sentimen kekeluargaan dan pesanan positif dalam persembahan lawak, perkara itu walau bagaimanapun kurang disenangi segelintir warganet.

Terbaharu, Man menerusi satu temu bual dalam DOL'S PODCAST di YouTube menjelaskan, dirinya dilabel berlagak dan sombong kerana kerap memberikan teguran tanpa segan silu.

BACA LAGI: AI wajah palsu artis lebih bahaya daripada mesej ‘nakal’ — Nazrief Nazri

BACA LAGI: 'Jangan anak tirikan mereka', Michael Ang desak pemenang emas Paralimpik dapat habuan sama rata

Namun, di ruangan komen rata-ratanya mencadangkan agar bekas juara Raja Lawak musim ke-5 itu bertukar karier sebagai penceramah motivasi.

Ia susulan setiap 'kata mutiara' disampaikan dianggap cukup memberi kesan dan mendalam maksudnya dari segi pengajaran dan teladan.

"Man ni elok jadi penceramah, nampak kata-kata dia lebih diingati daripada lawaknya," kata Aze Azre.

"Boleh jadi pakar motivasi, bagi ceramah kat sekolah-sekolah lagi baik," Rohaizam Azroy.

"Semoga terus memberikan kata-kata semangat dan pedoman yang baik untuk semua orang Man, kami lagi suka lawak berilmiah macam ni," tambah Fitrie.

"Lawak Man ni bukan kosong, hairan kenapa ramai yang kecam sedangkan bagus semua boleh dapat pengajaran, mengusik kalbu betul dia punya kata mutiara kadang-kadang," ujar Faris Khai.

Terdahulu, Man Raja Lawak menerusi hantaran di TikTok memohon orang ramai untuk menonton filem terbaharu lakonannya, Saka Perawan di pawagam pada Jun lalu.

Tindakan Man yang menangis dan merayu agar peminatnya menonton filem itu, meraih perhatian ramai dengan rata-ratanya berpendapat naskhah arahan Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri itu kekurangan dari segi strategi pemasaran dan plot penceritaan kurang menarik. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook,