Sisi lain pelawak legenda, Mr Bean tak sabar lelong kereta mewah baru 3 tahun pakai


  • Hiburan
  • Ahad, 15 Sep 2024

Rowan Atkinson memiliki pelbagai koleksi kereta mewah di kediamannya.

UNIK dalam menyampaikan sketsa komedi ataupun persembahan lawak, pelawak tersohor Hollywood, Rowan Atkinson atau lebih dikenali sebagai Mr Bean sememangnya layak digelar lagenda pelawak antarabangsa.

Manakan tidak, penampilan pertamanya dalam siri drama Mr Bean sejak 1990 masih mampu menggeletek penonton generasi kini biarpun ia sudah berdekad lamanya.

Tidak menggunakan sebarang skrip ataupun dialog, telatah dan riak muka Rowan sahaja sudah cukup untuk membuatkan penonton tertawa menerusi plot penceritaannya yang sangat ringkas tetapi menarik untuk ditonton.

BACA LAGI: Baru berjinak karaoke, Angelina Jolie kesepian hampir setengah abad hidup tanpa ‘kawan makan kawan’

BACA LAGI: Tak terlintas berhenti menyanyi, Naufal Azrin hanya serik jumpa orang jenis 'rembat duit'

Sehingga kini, kebanyakan lakonannya masih mengekalkan ciri unik tersebut yang secara tidak langsung menjadi identiti kepada selebriti berusia 69 tahun itu.

Dalam pada itu, selain daripada melawak, Rowan turut memiliki hobi kegemaran iaitu mengumpul koleksi kereta mewah.

Memiliki sebuah garaj yang ditempatkan di kediamannya, Rowan difahamkan mempunyai lebih 20 buah koleksi kereta mewah antaranya Bentley Mulsanne Birkin-Edition (2014), Rolls-Royce Phantom Drophead (2011), BMW 328 (1939) dan Aston Martin V8 Vantage (1977).

Terbaharu, pelawak berkenaan dilaporkan akan melelong Peugeot 205 Hot Hatch GTi miliknya menjelang 28 September nanti.

Menurut laporan Agensi, kereta klasik keluaran 1989 itu sangat jarang digunakan dan hanya pernah melakukan perjalanan sejauh 482.80 kilometer sejak memilikinya pada tiga tahun lalu.

Kereta keluaran tahun 1989 itu bakal dilelong pada harga mencecah AS$20,000 (RM114,098) di Classic Car Auctions di Leamington, Warks, England.

Jurucakap firma lelongan tersebut berkata, kereta 205 GTi sentiasa menjadi salah satu kereta kegemaran dan idaman ramai sekitar tahun 1980 hingga 1990-an.

"Atkinson diketahui sangat cermat dalam menjaga keretanya dan 205 GTi kecil yang menarik ini tidak terkecuali," katanya.

6278387510191178092

unnamed (1)

Peugeot 205 Hot Hatch GTi bakal dilelong Rowan Atkinson.

Dilengkapi enjin berkapasiti 1.6 liter dan boleh mencapai kelajuan dari 0 hingga 100km/j dalam masa 9 saat, kenderaan berusia 35 tahun itu merupakan antara ‘Hot Hatch’ paling popular pada era tersebut.

Antara faktor daya penarik Rowan memiliki kereta itu adalah kerana bahagian dalamannya yang sangat eksklusif yang mana ia mempunyai permaidani berwarna merah.

Rowan Atkinson dijangka akan membuat kemunculan dalam filem Johny English 4 dengan naskhah komedi itu difahamkan akan memulakan penggambaran dalam masa terdekat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram