PEMERGIAN penyanyi, Muhammad Nidza Afham Mokhtar, 23, dianggap sebagai satu perkara indah walaupun tiada kata putus berkaitan kes berkenaan sehingga ke hari ini.
Genap sebulan pemergian Allahyarham, peninggalan Afham masih dirasai kakak sulungnya, Irfahanie yang masih ternanti-nanti kepulangan adiknya yang disifatkan sangat periang dan ceria dalam keluarganya.
Berkongsi kesedihan di laman X, kakak kepada bekas peserta I Can See Your Voice 3 itu meluahkan kerinduannya menerusi satu hantaran pada Jumaat.
"Assalamualaikum adik Kekfa, genap sebulan Am pergi tinggalkan kami. Kami nampak kuat di luar, tapi dalam hati hanya ALLAH yang tahu.
"Walau sampai hari ni kami tak tahu apa yang sebenarnya jadi pada Am, kami yakin dan pasti, pemergian Am sebuah pemergian yang sangat indah.
"Perasaan risau, cemas, keliru masa mula Am hilang masih terasa sampai ke hari ini. Masih ternanti-nanti kalau Am balik, gelak ceria dengan kami lagi. Rindu sangat kami pada Am.
"Sayang nya kami pada Am, lebih sayang lagi ALLAH pada adik Kekfa yang baik hati ini," ciapnya.
Assalamualaikum adik Kekfa,
Genap sebulan Am pergi tinggalkan kami. Kami nampak kuat di luar, tapi dalam hati hanya Allah yang tahu. Walau sampai hari ni kami tak tahu apa yang sebenarnya jadi pada Am, kami yakin & pasti, pemergian Am sebuah pemergian yang sangat indah.. pic.twitter.com/T3YEp9wmOz
— Kekfa (@efaperfume) September 12, 2024
Terdahulu, Allahyarham dilaporkan hilang pada 13 Ogos lalu selepas keluar berjoging di Stadium Sultan Suleiman, Klang, Selangor.
Keesokan harinya, seorang mayat ditemukan beberapa pemancing di Sungai Klang sebelum Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan ia merupakan Nidza Afham. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram