Jadi lagu tema RXZ Members, 'Langkah Seiringan' gamit memori model Boss Energy tahun 1991


  • Hiburan
  • Sabtu, 14 Sep 2024

Program RXZ Member 6.0 berlangsung di Litar Permotoran Terengganu, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.

PROGRAM himpunan motosikal RXZ Member 6.0 kini sedang hangat berlangsung di Litar Permotoran Terengganu, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu pada Sabtu.

Menghimpunkan pemilik motosikal itu dari serata negara, ia nyata mendapat sambutan menggalakkan daripada komuniti permotoran tanah air.

Dalam pada itu, pemilihan lagu Langkah Seiringan nyanyian kumpulan Exists sebagai lagu tema bagi edisi keenam kali ini turut meraih perhatian ramai di laman sosial.

BACA LAGI: [VIDEO] Himpunan ‘RXZ Members’ dilabel ikut iblis, tak ramai sedar ada elemen tarbiah

BACA LAGI: RX-Z kembali diminati, 3 fakta 'padam' impian ramai miliki motor lejen

Menjadi ikutan dan trend dalam kalangan pengguna media sosial, setiap penunggang yang turut serta dalam program itu akan memuat naik video menggunakan lagu berkenaan yang disifatkan cukup sinonim dengan motosikal jenis Yamaha RXZ tersebut.

Perkongsian warganet di laman Facebook merungkai persoalan berkaitan pemilihan lagu dalam setiap edisi program berkenaan.

Bagi edisi keenam kali ini, Langkah Seiringan dikatakan membawa seribu satu makna buat penggemar motosikal RXZ kerana lagu itu pernah popular pada tahun 1991.

Lebih istimewa, lagu nyanyian Mamat Exists itu serentak dengan keluaran RXZ jenis 'Boss Energy' pada 1991 yang dianggap antara model terlaris dan paling diminati pada ketika itu.

'Demam' Langkah Seiringan dikatakan semakin memuncak di zaman tersebut apabila kerap menjadi siulan dalam kalangan penunggang jalanan.

Model Boss Energy menjadi kegilaan remaja sekitar tahun 1990 hingga 2000 ekoran penambahbaikan dibuat iaitu enam kelajuan berbanding lima.

57504535_1359484274194370_8550628283962621952_n

Senarai model keluaran Yamaha RXZ sejak 1985.

Namun, Yamaha memutuskan untuk menghentikan pengeluaran RXZ pada akhir tahun 2008 kerana ingin memberi laluan kepada model Yamaha 125Z dan Y suku.

Pengeluarannya dihentikan untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar disebabkan asap motosikal berkenaan yang banyak selain kes kemalangan yang kerap membabitkan model tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram