[VIDEO] Himpunan ‘RXZ Members’ dilabel ikut iblis, tak ramai sedar ada elemen tarbiah


  • Tular
  • Sabtu, 07 Sep 2024

Penganjuran RXZ Member 5.0 di Litar Permotoran Terengganu, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus pada tahun lalu. — Agensi

TERENGGANU sekali lagi akan menjadi tuan rumah bagi penganjuran program himpunan motosikal RXZ Member 6.0 yang akan berlangsung di Litar Permotoran Terengganu, Kompleks Sukan Gong Badak dekat Kuala Nerus, Terengganu pada 14 September depan.

Tidak dapat dinafikan acara yang menghimpunkan Motosikal Yamaha RXZ itu pernah mencetuskan kontroversi dan perdebatan warganet namum ia masih menerima sambutan menggalakkan daripada komuniti permotoran.

Pengarah program, Mohamad Faizal Mat Ali menyatakan bahawa acara yang memasuki edisi keenam tersebut bakal menawarkan hadiah utama berupa kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire 2.5L.

BACA LAGI: [VIDEO] Penyanyi Reedzwann kemalangan, rakan maut di Trolak

BACA LAGI: KL masih selamat, laporan geologi dan bawah permukaan siap lagi 3 bulan — NRES

Ketika peminat Yahama RXZ seluruh negara yang seolah-olah tidak sabar untuk berkumpul pada program berkenaan, muncul sesetengah pihak melabel komuniti mereka sebagai 'pengikut iblis' susulan ia dianggap sebagai acara melalaikan.

Menerusi satu hantaran video berdurasi 24 saat berkenaan, seorang pendakwah yang dikenali sebagai Ustaz Pak Yus menyifatkan acara berkenaan sebagai sebuah program yang penuh dengan kelalaian.

"Hampa (kamu semua) ikut tok guru iblis memang lah pergi RXZ. Saya hanya beritahu jadi bahagian saya lepas dah. Seluruh Malaysia buat majlis ilmu dan zikir, PAS sahaja buat majlis RXZ," katanya memetik video dimuat naik Media Ulamak Official.

Kenyataan keterlaluan dari individu itu jelas membangkitkan kemarahan warganet khususnya komuniti permotoran dan mereka juga menegaskan bahawa acara tersebut diselit dengan perkongsian ilmu.

"Dari geng RXZ merempit sana sini,baik dikumpulkan satu tempat. Dalam acara itu boleh selit tarbiah, banyak juga ilmu agama yang disampaikan," kata warganet, Gold LD di ruangan komen Facebook.

"Aku hormat dekat budak-budak RXZ, mereka ini walaupun rider tapi waktu solat semua sama-sama berjemaah," tambah seorang lagi warganet, Rosili Baharom.

Untuk rekod, sambutan RXZ Member 5.0 pada 2023 disifatkan paling meriah berbanding RXZ Member 1.0 hingga 4.0, apabila lebih 60,000 peserta seluruh negara termasuk Thailand, Indonesia, Brunei dan Singapura menyertai program berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram