PASTI ramai peminat motosikal 'legend' ternanti-nanti pengeluaran model Yamaha RX-Z untuk kembali ke pasaran Malaysia.
Ini kerana suatu ketika dahulu, motosikal model tersebut yang dikeluarkan pada tahun 1985 itu amat popular serta menikmati salah satu jangka hayat motosikal semasa yang terpanjang dalam negara.
Meskipun sudah berzaman, ia sentiasa mendapat tempat di hati peminat jentera beroda dua itu kerana sehingga kini ia mendapat permintaan tinggi.
Ini dibuktikan dengan harga jualan model tersebut di pasaran terpakai yang masih lagi tinggi, bahkan ada kalanya mencapai paras yang tidak munasabah.
Harga RX-Z terpakai boleh menjangkau belasan ribu hingga puluhan ribu di pasaran Malaysia bergantung pada keadaan motosikal tersebut.
BACA LAGI: [VIDEO] Jadi pengganti Tyzo, Chiwan Chilok sedia dikecam
Model Yamaha RX-Z sangat popular sejak era 80-an. — Gambar Hiasan
Tetapi, pihak Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM), sebagai pengeluar motosikal Yamaha berlesen di Malaysia, tidak dapat mampu berbuat apa-apa berhubung pengeluarannya memandangkan ada beberapa sebab model berkenaan tidak dapat diteruskan lagi di negara ini.
Terdapat tiga fakta mengenai Yamaha RX-Z yang akan memadam mimpi peminat motosikal legenda itu.
Tua tapi mahal, RX-Z sangat spesial di mata peminat. — Gambar hiasan
1. Pengeluaran Yamaha RX-Z sudah ditamatkan susulan undang-undang negara
Pada tahun 2011, pengeluaran RX-Z ditamatkan susulan undang-undang negara yang tidak membenarkan penjualan model-model motosikal yang memiliki enjin dua lejang.
Penggunaan enjin dua lejang dilihat tidak mematuhi piawaian emisi yang ditetapkan di Malaysia.
Dalam pada itu, undang-undang Malaysia menyelarikan mengikut protokol antarabangsa yang menetapkan piawaian emisi yang lebih ketat menerusi penggunaan enjin empat lejang yang lebih bersih dan mematuhi piawaian tertinggi Euro 5.
Perkara ini bukan hanya dibuat di pasaran Malaysia, malah melibatkan negara-negara lain di seluruh dunia.
2. Sangat mustahil untuk Yamaha RX-Z kembali ke pasaran
Selepas pengeluaran Yamaha RX-Z ditamatkan di pasaran Malaysia, terdapat satu lagi model motosikal dua lejang yang masih lagi meneruskan jualannya iaitu Yamaha 125ZR.
Begitupun pengeluaran Yamaha 125ZR telah dihentikan pada tahun 2018.
Jadi harapan untuk melihat Yamaha RX-Z kembali semula ke pasaran tempatan boleh dikatakan mustahil kerana pihak HLYM sendiri pastinya ingin langkah maju ke hadapan menerusi model berlainan.
Reka bentuk motosikal RX-Z sangat memukau.
Malah, HLYM kini mempunyai barisan pelbagai model motosikal yang lebih moden dan canggih, serta mendapat permintaan yang cukup tinggi di pasaran tempatan.
Buktinya, pada tahun 2019, HLYM mengeluarkan model Yamaha Y15ZR v2 dengan ciri tambahan yang direka khas buat peminat sukan pemotoran tanah air.
Menurut kajian, antara ciri terbaharu yang diterapkan pada model pemasangan tempatan itu termasuklah lampu LED baharu ‘high low beam’, meter panel paparan kristal cecair (LCD) terbaharu, rekaan grafik pada badan motosikal serta tayar depan 90/80 yang lebih lebar.
3. Pengeluaran Model RX-Z tidak dikeluarkan lagi oleh Yamaha
Yamaha memutuskan untuk menghentikan pengeluaran RXZ pada akhir tahun 2008 kerana ingin memberi laluan kepada model Yamaha 125Z dan Y suku.
Selain itu, pengeluarannya dihentikan untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar disebabkan asap motosikal berkenaan yang banyak.
Oleh kerana pengeluaran RX-Z telah terhenti, maka secara automatik motosikal itu dianggap sebagai model legenda dalam kalangan penggemarnya.
Tua tapi mahal, dek kerana itu orang mula menyimpan jentera tersebut kerana harga pasarannya sudah melambung tinggi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram