SIAR: Bukan setakat berbakat, Sofia Jane dan Julia Rais layak digelar aktres 'Pan Asia' tercantik sepanjang zaman


  • Hiburan
  • Selasa, 10 Sep 2024

Sofea Jane (kiri) dan Julia Rais diiktiraf peminat tanah air sebagai wajah 'Pan Asia' tercantik sepanjang zaman.

SUDAH menjadi kelaziman buat seseorang selebriti itu berpenampilan menarik dan 'sedap' mata memandang dari segi rupa dan kekemasan diri.

Namun, umum mengetahui bahawa kecantikan tidak berkekal lama dan ia pasti akan hilang dimamah usia yang semakin menua kelak.

Namun, lain pula ceritanya melibatkan dua selebriti wanita tanah air ini yang dikatakan kekal cantik sehingga ke hari ini.

Meskipun bergelar artis veteran, namun wajah dan pesona iras 'Pan Asia' dimiliki pelakon berkenaan masih relevan dan mampu mencairkan hati para jejaka di luar sana.

BACA LAGI: SIAR: Menggamit memori, 5 kereta 'legend' jadi pesona bintang filem retro

BACA LAGI: SIAR: Sebelum jadi 'CEO Megah Holding', Mustapha Kamal pernah bergelar 'rockstar'

Mereka tidak lain tidak bukan iaitu Sofia Jane dan Julia Rais yang masih diiktiraf peminat sebagai pelakon wanita tercantik sepanjang zaman dimiliki negara.

download (4)

Sofia Jane

Sebut sahaja nama Sofia Jane, perkara pertama terlintas di fikiran pastinya gaya rambut pendeknya yang pernah mencetuskan fenomena satu ketika dahulu menerusi lakonannya dalam filem Cinta Kita pada 1995.

Melakonkan watak tomboi dan digandingkan bersama pelakon Aman Graseka dalam filem tersebut, telatah comel serta periang dibawakan meninggalkan kesan kepada penonton yang seolah-olah terpengaruh menggayakan rambut pendek ketika itu.

Selang tahun bersilih ganti, usianya yang kini mencapai angka 52 tahun masih terpancar wajah jelita dimiliki yang disifatkan 'awet muda' oleh masyarakat Malaysia.

@siardotmy Saksikan video penuh Ruang Temu eksklusif bersama Datin Sofia Jane hanya di saluran Youtube SIAR TV. #SIAR #siartv #ruangtemu #sofiajane ♬ original sound - SIAR

Terbaharu, pelakon kacukan Amerika Syarikat dan Melayu itu menempa nama di persada antarabangsa apabila meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya dalam filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali pada April lalu.

Meskipun filem arahan Badrul Hisyam itu gagal ditayangkan secara meluas dalam negara atas faktor tertentu, ia masih dihargai dan diiktiraf di luar negara.

Berada dalam kelas tersendiri, watak protagonis Maryam yang dijayakan Datin Sofia menerusi filem Maryam Pagi ke Malam menarik minat dan perhatian penggiat seni di peringkat antarabangsa.

Untuk rekod, Sofia Jane mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan Datuk Meor Zain Azman pada 9 September 1995.

Sepanjang 29 tahun perkahwinannya, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Arissa, Imran, Khadijah dan Soraya.

6265014983486193023

Julia Rais

Bekas pelakon terkemuka tanah air, Julia Abdul Rais antara wanita berdarah kacukan paling digilai ramai satu ketika dahulu.

Era 1990-an merupakan kemuncak popularitinya apabila menceburkan diri dalam bidang lakonan selepas memulakan karier awalnya sebagai model produk terkemuka dan pelakon dalam muzik video.

Beberapa lakonannya masih meninggalkan seribu satu kenangan buat penonton pada hari ini antaranya filem Hati Bukan Kristal (1990), Mira Edora (1990) dan Suci Dalam Debu (1992).

Pun begitu, peminat industri perfileman tanah air tidak akan pernah melupakan raut wajah jelita dan penampilannya yang cukup ayu ketika di khalayak ramai.

Menyepikan diri daripada dunia lakonan, beliau kini dikhabarnya menetap di England dengan ibu kandungnya juga merupakan warganegara berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram