Wolverine berjubah, Captain Marvel berhijab, tular komik Marvel papar adegan majlis tahlil


  • Hiburan
  • Ahad, 08 Sep 2024

Salah sebuah komik Marvel memaparkan babak majlis tahlil meraih perhatian warganet.

FILEM adiwira keluaran Marvel Studios sememangnya diminati seluruh pelusuk dunia yang amat sinonim dengan watak seperti Iron Man, Spiderman, Avengers dan pelbagi lagi.

Diadaptasi daripada komik, penonton pastinya tidak terlepas untuk mendapatkan naskhah bacaan itu yang dikatakan memiliki lebih daripada 200 jilid setakat ini.

Namun, baru-baru ini pembaca digemparkan dengan babak yang memaparkan komuniti Islam dalam salah sebuah komik Marvel bertajuk Fallen Friend: The Death of Ms. Marvel 001 (2023).

BACA LAGI: Sama macam Marvel, Sonic The Hedgehog perkenal 3 lagi varian dimensi 'multiverse'

BACA LAGI: Lagu Doraemon bantu pelajar kuasai Bahasa Jepun, jadi modul dalam silibus pelajaran

Menerusi hantaran dimuat naik di akaun Facebook Muhd Arifin, edisi komik terbaharu itu memaparkan babak majlis tahlil yang dihadiri beberapa watak adiwira terkenal dalam filem Avengers.

Katanya, sebuah komuniti Muslim New Jersey di timur laut Amerika Syarikat telah mengadakan majlis tahlil sempena memperingati kematian Ms. Marvel iaitu Kamala Khan.

"Program ini dikendalikan oleh Sheikh Abdullah selaku imam dan ketua pentadbir bagi masjid di New Jersey.

"Terdapat ramai karakter Marvel yang dijemput ke majlis ini untuk memberi penghormatan terhadap arwah," katanya.

457844570_8629602940423033_547113923703574773_n

458381810_8629603620422965_6153029362722778361_n

Antara babak memaparkan elemen Islam dalam komik Marvel.

Tambahnya, terdapat juga babak di mana Wolverine ataupun Logan, berjubah dan memberi salam kepada ayah Kamala iaitu Yusuf Khan.

Paling mencuri perhatian apabila karakter Wolverine dilihat memberikan ucapan salam dalam perbualannya dengan Yusuf Khan dan difahamkan mempelajarinya semasa berada di Madripoor.

"Kalau dalam konteks sekarang, Madripoor terletak di antara Malaysia dan Singapore. Jadi dia belajar bagi salam ketika berjumpa dengan orang Muslim Madripoor (Muslim Malaysia-Singapore).

"Captain Marvel dengan pakai tudung dan Iron Man siap buka kasut lagi nak masuk dalam masjid.

"Ternyata Marvel sangat terbuka dalam meraikan kepelbagaian agama dan budaya masyarakat yg harmoni. Terbaik," tambahnya.

Meraih perhatian dalam kalangan warganet, rata-ratanya menyambut baik sekiranya babak tersebut diangkat dalam filem yang sekali gus mampu mengembangkan lagi ajaran Islam ke serata dunia.

Sementara itu, beberapa fakta menarik dipercayai menjadi faktor utama babak Islamik mula diketengahkan dalam komik Marvel berkenaan.

Salah satunya adalah disebabkan komuniti Islam yang wujud di belakang tabir pembikinan filem Ms. Marvel.

458946130_10169007248585648_7982691390616587937_n

Empat penulis filem Ms. Marvel difahamkan beragama Islam.

Empat daripada penulisnya merupakan individu beragama Islam selain watak utama yang memegang sebagai Ms. Marvel iaitu Iman Vellaini turut berasal dari keluarga muslim di Pakistan.

Secara tidak langsung, ia menguatkan lagi stigma penonton yang menjangkakan filem Avengers akan menampilkan barisan pelakon dari negara Islam khususnya di rantau Asia Tenggara yang dilihat mampu menembusi ke pasaran Hollywood kelak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram