SIAR: Menggamit memori, 5 kereta 'legend' jadi pesona bintang filem retro


  • Hiburan
  • Selasa, 03 Sep 2024

Ruska Classica Buggy yang dipandu Allahyarham Azmil Mustapha dalam filem Ali Setan 2 pada 1970.

KEKUATAN sesebuah naskhah filem kebiasaannya dinilai dari segi plot penceritaan dan barisan artis yang dipilih melakonkan watak diberi.

Namun, siapa sangka di sebalik itu, tumpuan penonton lebih terarah kepada elemen-elemen lain yang turut memainkan peranan dalam sesebuah filem.

Model kereta digunakan dalam filem retro satu ketika dahulu masih segar dalam ingatan penonton dan lebih menarik apabila ada di antaranya masih digunakan sehingga ke hari ini.

BACA LAGI: SIAR: Bukan sekadar penyair, ketahui kisah silam Allahyarham Pyanhabib

BACA LAGI: SIAR: Ketahui kisah silam Ibrahim Din, bintang filem Do Re Mi

1. Honda civic 1.6 Exi Hatchback - Boss

Filem Boss merupakan sebuah filem aksi komedi pada 1991 arahan Z. Lokman. Menampilkan Raja Ema, Jasmin Hamid dan Didie Alias sebagai watak utama.

Menginspirasikan konsep dari filem hollywood Charlie Angels, gandingan trio di atas menjadi satu kumpulan penyiasat diketuai Allahyarham Mohd Yusof Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Mr. Os, berdepan dengan kegiatan pemerdagangan manusia lakonan Hussein Abu Hassan.

Namun, kereta digunakan dalam filem itu pernah menjadi kegilaan penonton iaitu Honda civic 1.6 Exi Hatchback, bernombor pendaftaran AAT2.

2. Ruska Classica buggy 1970 - Ali Setan 2

Sebelum wujudnya Lagenda Budak Setan, arena panggung negara hangat dengan fenomena filem Ali Setan lakonan Allahyarham Azmil Mustapha dan Ogy Ahmad Daud.

Lakonan kedua-dua insan disegani perfileman tanah air itu berjaya membawa filem berkonsepkan percintaan zaman kolej tersebut sebagai kisah romantis paling diingati hingga ke hari ini.

Sambutan menggalakkan daripada penonton membolehkan filem itu disambung pada siri kedua yang ditayangkan pada 1986.

Bercakap soal kereta digunakan dalam filem tersebut, Ruska Classica Buggy 1970 menjadi identiti dalam siri kedua itu apabila ia dimiliki oleh Ali.

Merupakan kereta klasik buatan Belanda, Ruska Classica Buggy pernah dianggap sebagai kereta paling laris di negara berkenaan apabila pengeluarannya mencatatkan sebanyak 250 hingga 300 unit setahun.

photo_2024-09-02_14-04-45

Kereta model Daihatsu Feroza dalam filem Sejati (1991).

3. Daihatsu Feroza - Sejati

Filem Sejati dibintangi raja pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah dan Raja Ema merupakan antara filem terlaris pada 1991.

Selain daripada lakonan hebat kedua-dua watak utama itu, kereta dipandu Jamal yang memegang watak Bani, mencuri perhatian penonton.

Daihatsu Feroza merupakan kenderaan jenis 'Sports Utility Vehicle' (SUV) keluaran enjin Jepun sekitar 1989 hingga 2002.

Filem itu yang kebanyakannya dirakamkan di tanah tinggi Cameron Highland, Pahang, telah mengangkat kereta tersebut sehingga menjadi pilihan ramai satu ketika dahulu ekoran ketahanannya yang mampu menaiki di kawasan bukit pedalaman.

4. Mini Cooper - Setinggan 1981

Digelar sebagai kereta mewah pada era 80-an, Mini Cooper masih berada di kelasnya tersendiri apabila kenderaan mewah keluaran British itu masih relevan diguna pakai sehingga ke hari ini.

Filem Setinggan (1981) arahan Allahyarham Datuk Aziz Sattar ini menampilkan barisan pelakon yang tidak kurang hebatnya seperti S. Shamsuddin, Yusni Jaafar, Ibrahim Pendek dan ramai lagi.

photo_2024-09-02_14-06-31

Filem Setinggan merupakan arahan Allahyarham Datuk Aziz Sattar pada 1981.

Bergenre komedi seram, kejayaan filem itu terbukti apabila diangkat sebagai pemenang Anugerah Filem Nasional Sumatera pada 1981 selain turut menempa nama di Festival Filem Jakarta (1985).

Kereta Mini Cooper putih dipandu Ibrahim Pendek dalam beberapa babak penting dalam filem tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram