PERKEMBANGAN teknologi semasa telah membuka satu lebaran baharu buat golongan peniaga mahupun masyarakat yang ingin meraih pendapatan sampingan.
Kewujudan saluran media sosial misalnya telah menjadi satu platform buat individu meraih wang hasil daripada perniagaan atas talian dijalankan.
Seiring dengan kemajuan teknologi, perniagaan ‘online’ juga semakin diperbaharui dengan kepelbagaian saluran serta kaedah jualan yang boleh dilakukan.
BACA LAGI: AI wajah palsu artis lebih bahaya daripada mesej ‘nakal’ — Nazrief Nazri
BACA LAGI: 'Jangan anak tirikan mereka', Michael Ang desak pemenang emas Paralimpik dapat habuan sama rata
Terbaharu, medium TikTok dianggap sebagai ‘lubuk’ bagi golongan pempengaruh yang bijak menghasilkan pengisian ataupun video menarik demi melariskan produk jualan mereka.
@techdip Fast Charging Powerbank 120W Output #fastchargingpowerbank #powerbank #fastcharge ♬ Pieces (Solo Piano Version) - Danilo Stankovic
Salah seorang pempengaruh yang bergiat aktif dalam perniagaan ‘affiliate’, Wan Dini, 38, menganggap ia sebagai satu era baharu bagi individu yang mengimpikan pendapatan melebihi daripada makan gaji.
Jelasnya, meskipun berdepan saingan ramai, namun setiap barangan yang dijual sentiasa mendatangkan keuntungan dengan berbekalkan video berkualiti yang dihasilkan.
“Setiap video dihasilkan perlu berkualiti, di samping barangan yang dijual pun kena la yang bagus dan seiring teknologi semasa baru la ramai yang berminat nak beli.
“Tapi kalau cakap soal barang ia subjektif, tak semua minat apa yang kita suka tetapi dengan video dan pengisian menarik, mampu mempengaruhi seseorang untuk membeli.
“Biar barang murah, janji berkualiti dan mampu memudahkan urusan kita, soal harga kita letak tepi sebab orang takkan berkira kalau ia betul berkualiti, sebab itu saya akan hasilkan pengisian yang menarik dan jujur semasa membuat ‘review’ sesuatu produk,” katanya kepada Majoriti.
Wan Dini mula berkecimpung dalam perniagaan 'affiliate' sejak 2021.
Dalam pada itu, Wan yang aktif menjalankan perniagaan ‘affiliate’ menerusi akaun techdip di TikTok, mendedahkan pendapatan diraihnya mampu menampung seisi keluarganya.
“Saya boleh katakan secara kasar pendapatan saya dapat melalui ‘affiliate’ lebih kurang RM4,000 sebulan hasil jualan dan komisen daripada TikTok.
“Syukur setakat ni saya mampu tampung keluarga kecil saya dengan hasil daripada perniagaan di TikTok, siapa sangka dengan cara macam ini mampu raih pendapatan lumayan.
“Setiap barangan terjual akan diberikan komisen antara 10 hingga 15 peratus, jadi kalau banyak yang dijual maka bertambahlah komisen diterima,” ujarnya.
Jelas bapa kepada seorang cahaya mata itu, penambahan bilangan pempengaruh yang menceburi bidang itu sama sekali tidak menjejaskan pendapatannya.
Memiliki jumlah pengikut melebihi 20,000 di TikTok, ia sekali gus memudahkan urusannya apabila kerap dipelawa syarikat terkemuka yang ingin produk mereka disiarkan melalui akaun @techdip.
“Kebanyakan barang yang saya promosikan bukannya yang saya beli, semuanya diberikan secara percuma daripada syarikat berjenama, maka saya boleh katakan tiada modal wang dikeluarkan dalam perniagaan ‘affiliate’ ini.
“Saya amat galakkan orang ramai di luar sana untuk mencuba, tak salah pun kalau makin ramai yang masuk dalam bisnes ini, sekurang-kurangnya boleh tampung keperluan seharian.
“Zaman sekarang tak perlu terburu-buru nak buka kedai untuk berniaga, buat ‘affiliate’ lagi mudah, jimat masa dan tenaga, yang penting hasilnya lumayan,” katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram