AI wajah palsu artis lebih bahaya daripada mesej ‘nakal’ — Nazrief Nazri


  • Hiburan
  • Selasa, 03 Sep 2024

Nazrief Nazri sentiasa berwaspada dengan ancaman jenayah AI.

ISU penipuan scammer menerusi teknologi kecerdasan buatan (AI) semakin meruncing dalam kalangan pengguna media sosial.

Tidak terlepas daripada terpalit sama dalam kes berkenaan, selebriti dan pempengaruh media sosial antara sasaran pelaku demi mengaut keuntungan secara haram.

Waspada dengan ancaman deepfake, pelakon tampan Nazrief Nazri menganggap ia sebagai perkara yang cukup bahaya dan diatasi pihak kerajaan.

BACA LAGI: Dari kelas belakang ke 'selempang pink' UiTM, kreativiti pasangan kembar pikat pengguna TikTok

BACA LAGI: Pensyarah 'upgrade' wayang kulit tradisional jadi 3D, mahu anak muda berkembang ilmu dalam robotik

6249079250363728590

Nazrief Nazri dan isterinya dikurniakan seorang cahaya mata.

Jelas finalis Hero Remaja 2012 itu, jenayah di era teknologi ketika ini cukup berbeza berbanding dahulu kerana ia berlaku tanpa disedari.

“Kalau sebelum ni saya kerap diganggu mesej nakal dari individu tidak dikenali, tapi sekarang trend deepfake pula yang makin merisaukan.

“Ia lebih bahaya daripada gangguan nakal di media sosial, saya anggap mereka semua budak-budak awal 20-an dan dah lali dengan semua itu.

“Saya selalu guna ChatGPT untuk bantu dalam lakonan dan rujukan filem, risau juga bila ada banyak kes penipuan AI kebelakangan ini, apa-apa pun cuma boleh berwaspada,” katanya pada Majoriti.

Tambahnya, dia amat bersyukur kerana dirinya masih dianggap relevan dalam industri seni tanah air walaupun pasaran ketika ini lebih memihak kepada golongan pempengaruh.

“Mujur saya dah bina empayar dan pengaruh saya sejak dari awal pembabitan dalam industri, jadi tak perlu nak buat video viral yang merepek atau kurang sesuai demi tular semata-mata.

“Kalau ada pun saya akan buat video berkaitan diri saya sama ada pengisian tentang kecerdasan, bisnes, automatif dan lakonan.

“Jadi tak perlu nak terikut dengan trend yang memaksa untuk tebalkan muka, saya dah mulakan dari dulu lagi sebab sedar akan kepentingan pengurusan sosial media,” ujarnya.

Terdahulu, cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menjadi mangsa terbaharu penipuan scammer yang menggunakan suara dan fotonya menerusi teknologi AI.

Dalam perkongsiannya juga, Fazley mengakui turut berasa terkejut kerana ramai pihak yang bertanya keadaan kilangnya itu.

6249079250363728589 (1)

Tangkap layar video ‘deepfake’ melibatkan cef selebriti Fazley Yaakob.

Dalam pada itu, Nazrief merupakan salah seorang artis dan pempengaruh jemputan pada majlis Pelancaran Platform Digital GIG Pempengaruh Tempatan ‘Influenstar Asia Dot Com’ yang berlangsung di Colony Star Boulevard, Kuala Lumpur pada Selasa.

Turut hadir pada majlis itu adalah Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dan beberapa lagi pempengaruh media sosial lain. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram