'Smash' padu Cheah Liek Hou tuai emas pertama Malaysia di Sukan Paralimpik 2024


  • Podium
  • Selasa, 03 Sep 2024

Liek Hou memenangi pingat emas pertama Malaysia di Sukan Paralimpik 2024.

KILAUAN pingat emas akhirnya menyinar buat Malaysia apabila pemain perseorangan badminton negara, Cheah Liek Hou berjaya memenangi kategori perseorangan lelaki SU5 di Sukan Paralimpik 2024 dekat Paris, Perancis.

Bertemu wakil Indonesia, Suryo Nugroho pada Isnin, Liek Hou berjaya mempertahan pingat emas yang dimenanginya pada Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo, Jepun hasil kemenangan straight set.

Di set pertama, Liek Hou mempamerkan persembahan memukau untuk memastikan dia berjaya mendahului hasil kemenangan 21-13.

BACA LAGI: [VIDEO] Eddy Bernard teruskan legasi Dek Wan, raih pingat pertama Paralimpik Paris

BACA LAGI: [VIDEO] Dah macam Zii Jia, Muhammad Fareez bergaya tumpaskan atlet Jepun misi ke final Paralimpik

Set kedua menyaksikan Liek Hou meneruskan rentak garang untuk memastikan kemenangan dapat diraih pada set kedua.

Namun begitu, Nugroho tidak memberikan cabaran mudah dan pada satu ketika berjaya menarik permainan sehingga ke kedudukan 20-15.

Tetapi, ketajaman Leik Hou tidak berjaya dibendung Nugroho dan itu membolehkan pemain negara meraih kemenangan 21-13, 21-15.

Sementara itu, seorang lagi wakil negara iaitu Fareez Anuar kecundang dalam perlawanan penentuan pingat gangsa selepas kalah kepada wakil Indonesia, Dheva Anrimusthi.

Bermula baik dengan memenangi set pertama 21-17, Fareez kemudiannya kecundang 19-21 sebelum kalah 12-21 pada set penentuan.

Ia merupakan pingat emas negara pertama di Sukan Paralimpik 2024 dan pingat kedua keseluruhan selepas pingat pertama disumbangkan oleh Eddy Bernard menerusi acara 100 meter lelaki T44 (kecacatan fizikal). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram