TAMPIL dengan single terbaharu berjudul Cinta Atau Propa, pengarah dan penerbit, Michael Ang dilihat seperti sengaja mengundang kecaman netizen.
Buktinya, hampir semua platform media sosial yang menayangkan lagunya pasti akan disulami dengan kecaman netizen di ruangan komen.
Namun bagi Michael, dia sedikit pun tidak terasa dengan kecaman yang diberikan malah sudah bersedia jika mahu disamakan seperti usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri sekali pun.
"Sebenarnya saya memang tidak boleh menyanyi pun. Saya akui memang saya tone deaf (pekak nada) dan tak boleh menyanyi ikut tempo.
"Masa rekod pun, Hafiz Hamidun yang suruh saya nyanyi ikut tepukan tangannya. Kalau tak memang tak selari suara dengan irama," katanya kepada Majoriti.
VIDEO klip lagu pertama Michael Ang sudah mendapat lebih 30,000 tontonan selepas ditayangkan pada Khamis.
Di dalam video klip juga kata Michael, hendak melakukan lip sync (menggerakkan bibir ikut lagu) pun agak sukar kerana dirinya yang tone deaf.
Disebabkan itu kata penerbit drama The Hotel itu, dia tidak akan menyanyi lagu tersebut secara langsung kecuali dengan bayaran yang lumayan.
"Saya memang tak berani nak nyanyi lagu itu secara langsung. Naik naik pentas pun sebenarnya dah takut.
"Tetapi kalau ada yang sanggup nak bayar dengan harga cukup, saya akan fikirkan," katanya yang belum bercadang untuk tampil dengan lagu seterusnya.
Ditanya mengenai kecaman yang diterima pada hampir seluruh platform media sosial yang menayangkan lagunya, Michael berkata, dia sedikit pun tidak ambil endah perkara itu.
Malah katanya, sejak dari awal lagi memang dia sentiasa terbuka untuk dikritik apatah lagi sebelum ini dia juga mengkritik orang lain.
"Cakaplah apa pun, saya tak kisah. Nak samakan saya dengan sesiapa sekali pun silakan. Saya takkan tersentap sebab saya tahu kemampuan saya.
"Lagipun saya rasa lagu itu okay, jadi saya keluarkanlah. Sebelum ini saya ada beritahu pada penerbit lagu ini, jika lagu ini tak sedap, saya takkan keluarkan.
"Tetapi bila dengar semula hasilnya, saya rasa puas hati dan rentaknya catchy. Sebab itu saya keluarkan. Apa yang orang nak komen saya tak peduli pun," katanya.
Lagu dan lirik Cinta Atau Propa adalah hasil ciptaan Killa Driz dan diterbitkan Hafiz Hamidun. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram