PELAKON terkenal tanah air, Azhan Rani mengangkat Sharifah Sakinah sebagai salah seorang artis wanita paling mudah untuk bergandingan dalam pelbagai aspek lakonan.
Dalam satu hantaran di Facebook peribadinya, artis berusia 48 tahun itu menceritakan sikap rakan sekerjanya tersebut yang memudahkan penggambaran, terutamanya dalam lakonan drama.
"Bagilah waktu lakonan pukul berapa pun, dia akan ada di set tepat pada masanya. Tidaklah berkata dalam group WhatsApp beritahu, 'Maaf, lambat sikit hari ni, jalan sesak'.
"Di lokasi penggambaran pun, tak toksik huru-hara (rosakkan) mood orang lain dalam pasukan kerja. Datang balik set pun naik van runner sahaja," katanya.
BACA LAGI: Azhan Rani bersedia tawan Gunung Island Peak di Nepal
BACA LAGI: Dulu anggap kerja gila, kini Azhan Rani menghitung hari tawan gunung di Nepal
Tambahnya lagi, Sharifah juga sering hadir ke set dalam keadaan bersedia dengan solekan serta dandanan rambut sesuai dengan wataknya dalam drama siri terbaru, Wok.
Sebelum ini, Azhan turut menerima pujian daripada rakan pelakonnya itu atas lakonan mantap yang menyaksikan Azhan menjilat semula ludahnya secara spontan bagi menjayakan satu babak selepas dia cuba memberikan kejutan kepada aktor itu.
"Hari pertama jumpa di set, aku boleh tak kenal dia. Dia datang sahaja sudah berada dalam karakter dengan rambut selekeh, tiada solekan cantik, baju lusuh ikut watak yang dia bawa," katanya.
Hantaran pada Selasa itu dibuat berserta keratan akhbar memaparkan pujian melambung Azhan terhadap Sharifah Sakinah yang mengatakan pelakon wanita berkenaan memiliki bakat jarang dilihat.
Selain kagum melihat komitmen dicurahkan Sharifah Sakinah, Azhan turut menjadikan wanita berusia 35 tahun tersebut sebagai seorang idola dalam bidang lakonan.
Bakat Sharifah Sakinah ditonjolkan dalam beberapa hasil kerjanya yang mengagumkan.
"Ini karakter perempuan lara yang tak boleh bercakap, hari-hari diperah air mata, berlari redah semak-samun, jatuh parit, lumpur, dilambung, dibaling dan diseret. Tetapi, aku sekali pun tak pernah dengar dia merungut walau badan, kaki, tangan dah calar-balar.
"Dia buat sahaja tanpa banyak alasan dan paling penting, dia perform. Senang nak kerja dengan dia. Aku jarang nak puji orang, tetapi dia ni buat aku hormat sungguh cara dia bekerja," katanya.
Bakat Sharifah Sakinah sememangnya tidak perlu diceritakan lagi apabila dia sering memberikan persembahan terbaik dalam hasil kerjanya terdahulu, seperti Pekak dan Ular.
Dalam drama bersiri pula, artis wanita kelahiran Kuala Lumpur berkenaan pernah terlibat dalam beberapa siri terkenal, termasuk KL Gangster: Underworld 2 dan 3 Dara Pingitan.
Jadi, tidak hairanlah apabila Sharifah Sakinah meraih pujian sebegitu daripada Azhan yang pertama kali bergandingan selepas bertahun-tahun terlibat dalam dunia hiburan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram