MESKIPUN tampuk pemerintahan berubah, nampaknya isu kos sara hidup masih belum menampakkan sebarang perubahan yang ketara sehingga kini.
Dengan penyasaran subsidi diesel di seluruh stesen minyak di Semenanjung Malaysia yang berkuat kuasa 10 Jun lalu, semakin ramai pemilik perniagaan yang mengumumkan akan menaikkan kos barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan.
Situasi tersebut mengakibatkan bukan hanya golongan B40 yang kurang berkemampuan, malah pelbagai pihak turut terpaksa merasai menanggung beban kenaikan itu.
BACA LAGI: Subsidi diesel: Kumpulan pertama Budi Madani terima bayaran 10 Jun
BACA LAGI: Syarikat bas, pembinaan jamin rasionalisasi subsidi diesel bukan alasan naikkan harga
Tangkap layar memaparkan hantaran Ummi Nazeera di aplikasi Thread miliknya baru-baru ini.
Tidak terkecuali golongan selebriti tempatan juga sudah mula menyuarakan berkenaan isu kenaikan harga barang ini.
Baru-baru ini, pelakon popular tanah air, Ummi Nazeera memuat naik satu hantaran menerusi aplikasi Thread miliknya dengan bertanyakan sama ada individu lain turut merasai kenaikan harga barang ketika ini.
"Siapa rasa harga barang makin naik?" soalnya ringkas.
Ciapannya itu turut mendapat perhatian pengikutnya, dengan rata-rata menyokong pandangan pemilik nama lengkap Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin itu.
Antaranya pengguna dengan nama akaun salwamaze yang mengatakan beban tersebut dirasai oleh kebanyakan rakyat Malaysia.
"Semua orang merasakan yang sama, tapi (kita) cuba untuk bertahan," tulisnya.
"Dulu RM200 untuk makan (selama) dua minggu, sekarang RM200 untuk makan seminggu, entahlah...," kata syani asyarani. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram