[VIDEO] Pekerja binaan Singapura kena rempuh, terperosok bawah bas SMRT


  • Benua
  • Jumaat, 28 Jun 2024

Tangkap layar memaparkan kejadian seorang pekerja binaan dilanggar sebuah bas SMRT di Jalan Anson, Tanjong Pagar, Singapura pada Khamis. — Agensi

MALANG buat seorang pekerja buruh binaan apabila dirempuh sebelum digilis sebuah bas Transit Aliran Massa Singapura (SMRT) dalam kejadian di Jalan Anson, Tanjong Pagar, Singapura pada Khamis.

Pihak polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) mengesahkan kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5.25 petang itu.

"Ketika nahas berlaku, tiada penumpang di dalam bas berkenaan," maklumnya.

BACA LAGI: Penganjur jamin pasang jaring elak ikan asing terlepas — DOF

BACA LAGI: Gagal elak lori terbabas, wanita alami keguguran dalam nahas 3 kenderaan di JB

Insiden berkenaan turut dirakam menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis berdekatan, sebelum dikongsikan di laman X (Twitter) pada Jumaat.

Berdasarkan klip berdurasi 42 saat itu, beberapa saat sebelum perlanggaran, pekerja binaan berusia 33 tahun itu, yang memakai topi keledar dan jaket keselamatan berdiri di lorong bas Jalan Anson untuk meletakkan kon lalu lintas.

Pekerja itu kemudian dihantar ke Hospital Besar Singapura (SGH) untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, pihak polis turut memaklumkan, pemandu bas lelaki berusia 48 tahun tersebut ditahan bagi membantu siasatan.

Menurut laporan media tempatan, SMRT ketika ini menggantung tugas pemandu tersebut buat sementara waktu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram