Subsidi diesel: Kumpulan pertama Budi Madani terima bayaran 10 Jun


  • Primer
  • Sabtu, 08 Jun 2024

Amir Hamzah (kiri) dan Mohamad (kanan) mengadakan pertemuan tertutup dengan kira-kira 150 petani kecil di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) daerah Klang, Selangor.

INDIVIDU yang permohonan subsidi diesel diluluskan pada 3 Jun akan menerima bayaran pada Isnin, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata, kumpulan pertama, iaitu seramai 30,000 orang akan menerima subsidi RM200 di bawah program Budi Madani.

Menurutnya, subsidi yang akan disalurkan setiap bulan cukup untuk menampung perbezaan kos diesel daripada harga semasa kepada harga selepas dinaikkan.

BACA LAGI: [VIDEO] Perodua Aruz makan jalan dipercayai punca guru maut kemalangan di Pasir Tumboh

BACA LAGI: [VIDEO] Jemaah temui ajal ketika solat zuhur hari raya pertama di surau Tangkak

"Kita telah melihat kajian dan data daripada Jabatan Perangkaan Negara dan jumlah itu mencukupi untuk menampung kos.

“Ia bukan bermakna penerima akan mendapat diesel percuma, kami sekadar membantu menampung perbezaan harga semasa dan baharu,” katanya.

Subsidi yang akan disalurkan setiap bulan cukup untuk menampung perbezaan kos diesel daripada harga semasa kepada harga selepas kenaikan harga.

Sebelum ini, Amir Hamzah dan Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengadakan pertemuan tertutup dengan kira-kira 150 petani kecil di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) daerah Klang, Selangor.

Menurutnya, petani yang menghadiri perhimpunan itu diberi penerangan mengenai subsidi dan kriteria yang melayakkan mereka untuk menerimanya.

Amir Hamzah menjelaskan, jumlah RM200 itu bukan pemberian secara 'one-off', tetapi bayaran bulanan subsidi diesel.

Beliau berkata, subsidi itu perlu diperhalusi supaya dana tidak disalurkan kepada sektor yang tidak layak menerimanya.

“Kita kena buat (finetune), kalau tidak wang rakyat akan pergi ke tempat yang salah,” katanya sambil menambah terdapat kemungkinan separuh daripada mereka yang layak mendapat subsidi tidak tahu cara memohon atau kriteria kelayakan.

"Kami menjelaskan kepada mereka bahawa jika syarikat mempunyai kenderaan untuk mengangkut barangan atau logistik, tidak akan ada masalah," tambah Amir.

Jelasnya lagi, mereka yang layak mendapat subsidi diesel juga perlu menerima pendapatan bulanan kurang daripada RM10,000.

Beliau turut memberitahu kepada para petani bahawa subsidi hanya untuk rakyat Malaysia dan juga bukan untuk kereta mewah.

“Tetapi jika kereta mewah itu sudah lama dan tidak dalam keadaan baik, kita boleh pertimbangkan,” katanya.

Sementara itu, Mohamad berkata, semua petani kecil yang menggunakan kenderaan berkaitan pekerjaan mereka layak menerima subsidi.

"Mereka yang menggunakan lori untuk mengangkut padi ke kilang dan kenderaan lain (seperti untuk) mengangkut ikan dan hasil pertanian semuanya akan dapat," tambahnya. — The Star/WANI MUTHIAH

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram