[VIDEO] Ustaz Don kembali bersiaran malam ini


  • Hiburan
  • Rabu, 12 Jun 2024

Ustaz Don Daniyal direhatkan daripada bersiaran di sebuah stesen televisyen baru-baru ini.

PENDAKWAH dan penceramah agama terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, 40, dijangka membuat kemunculan semula di program Salam Baitullah pada Rabu.

Sebelum ini, beliau direhatkan daripada bersiaran di stesen televisyen RTM untuk program Salam Baitullah rentetan isu pertikaian di media sosial berkaitan kisah hidup Nabi Muhammad SAW.

Keputusan merehatkan Ustaz Don dimaklumkan Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Datuk Suhaimi Sulaiman melalui perkongsian dibuat beliau dalam hantaran ciapan di laman sosial X pada 5 Jun lalu.

Difahamkan, langkah itu dibuat RTM selepas Ustaz Don dikritik oleh beberapa pihak ekoran dakwaannya berkaitan kisah hidup Nabi Muhammad SAW.

BACA LAGI: 'Ustaz Don juruacara Salam Baitullah, bukannya penganalisis atau penceramah

BACA LAGI: Kontena ZIM bawa muatan ayam sejuk beku dari sempadan Malaysia-Thailand diarah patah balik

Terbaharu, beliau dijangka kembali bersiaran di stesen televisyen RTM untuk program Salam Baitullah pada Rabu.

Perkara itu dikongsikan di laman Facebook Salam Baitullah apabila Ustaz Don dilihat hadir pada sesi penggambaran rancangan berkenaan.

Dalam pada masa sama, beliau menerusi hantaran di Instagram pada Rabu turut memuat naik video penjelasan sebuah hadis berkaitan kisah hidup Nabi Muhammad SAW yang sebelum ini menerima kritikan ramai tentang kesahihannya.

Untuk rekod, Program Salam Baitullah adalah sebuah rancangan RTM yang bersiaran pada musim haji bermula 2 Jun lalu hingga 17 Jun ini.

Justeru, Ustaz Don yang dipanggil JAKIM dalam pertemuan singkat, baru-baru ini turut disertai wakil daripada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Ustaz Fawwaz Fadhil. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram