'Cuai semak kertas peperiksaan, bayaran RM100 'recheck' SPM membebankan dan wajar dipulangkan'


  • Massa
  • Rabu, 12 Jun 2024

Pelajar perlu membayar RM100 bagi setiap semakan semula keputusan SPM. — Gambar hiasan

TEMPOH semakan semula keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat pertikaian dalam kalangan masyarakat khususnya ibu bapa yang menganggap ia sebagai praktis kurang cermat daripada pihak Lembaga Peperiksaan.

Merupakan praktis biasa disediakan KPM setiap tahun untuk memberi ruang kepada pelajar dan ibu bapa menyemak semula keputusan yang diterima, namun ada segelintir ibu bapa khususnya tampil mempertikaikan usaha kerja dijalankan pihak berkenaan.

Tiada tempoh waktu ditetapkan bagi keputusan semakan itu, segelintir pihak mendakwa anak-anak mereka terlepas untuk membuat permohonan ke pengajian universiti dek kerana melebihi tempoh ditetapkan.

BACA LAGI: 'Recheck' keputusan SPM: Ramai kecewa kelewatan KPM

BACA LAGI: Membazir RM36 juta duit rakyat jika 6 PRK Parlimen diadakan

Ditambah pula dengan bayaran RM100 yang perlu dibayar pelajar, sekali gus mencetuskan spekulasi berkaitan kecekapan pihak berkenaan ketika menjalankan semakan kali pertama.

"Hairan kenapa awal-awal pemeriksa tak periksa kertas betul-betul, kenapa perlu adanya semakan semula, adakah pemeriksa yang kedua lebih bijak dari yang pertama, ini satu pembaziran," kata Yasmin Jameela.

"Mohon juga Lembaga Peperiksaan turunkan harga untuk semakan semula, RM100 setiap subjek adalah sangat membebankan," ujar Hubry Piasin.

Seorang ibu berkongsi pengalamannya apabila anaknya dibelenggu kesedihan akibat kecuaian pihak berkaitan dalam menjalankan semakan keputusan peperiksaan.

Menuntut bayaran semula dari pihak Lembaga Peperiksaan, Jamielah Abdul Halim menggesa agar wang RM100 itu dipulangkan kepada pelajar.

"Sepatutnya kalau keputusan berubah, Lembaga Peperiksaan kena pulangkan semula duit bayaran RM100, sebab dan tentu salah pemeriksa.

"Sungguh menyedihkan benda ini terjadi pada anak saya, tak pernah tak dapat A dalam matematik sekali bila keputusan keluar dapat D, bila buat semakan semula rupanya dapat A, sungguh cuai Lembaga Peperiksaan ni," katanya.

Dalam pada itu, perkara itu turut mendapat maklum balas pakar pendidikan, Anuar Ahmad yang menuntut pihak berkenaan tampil bertanggungjawab.

"Harap pihak yang bertanggungjawab dapat memberikan penjelasan. Kesian pada ibu bapa dan anak-anak yang berharap," tulisnya di laman Facebook. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram