[VIDEO] Pecut macam pelesit, polis buru Axia lari pemeriksaan trafik di Subang Jaya


  • 112
  • Rabu, 12 Jun 2024

Tangkap layar sebuah kereta Axia dirakam melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Jalan USJ 1, Subang Mewah dekat Subang Jaya, Selangor.

SEORANG pemandu Perodua Axia diburu polis susulan dakwan cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis trafik di Jalan USJ 1, Subang Mewah dekat Subang Jaya, Selangor pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kes itu disahkan berlaku kira-kira pukul 3.32 petang.

Ketika kejadian, pengadu yang sedang bertugas dengan menaiki kereta peronda polis mendakwa ternampak sebuah Axia berwarna biru gelap dalam keadaan mencurigakan.

BACA LAGI: [VIDEO] Aksi mengejar bukan libat penjenayah, tapi kes lari tinggal rakan sebab tiada lesen — Polis Klang

BACA LAGI: [VIDEO] Geram kena bebel isteri tak beli nasi bungkus, bapa durjana lepas amarah tekup muka bayi sendiri

Beliau berkata, pengadu telah mengarahkan Axia dengan nombor pendaftaran VFE 9374 untuk memberhentikan kenderaan.

"Bagaimanapun, pemandu Axia tidak berhenti dan terus memecut laju.

"Pengadu mengejar sehingga di kawasan perumahan Jalan USJ 1/1E namun Axia terus memecut laju sehingga gagal dikesan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Jelasnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dengan usaha mengesan suspek kini sedang giat dijalankan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Afiq Mohamad Fesal di talian 014-3469866. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram