Kontena ZIM bawa muatan ayam sejuk beku dari sempadan Malaysia-Thailand diarah patah balik


  • 112
  • Rabu, 05 Jun 2024

Sebuah kontena tertera logo ZIM yang membawa muatan ayam sejuk beku berjaya dihalang memasuki Malaysia. — JKDM Perlis

SEBUAH kontena membawa muatan dagangan ayam sejuk beku yang baru tiba dari sempadan Malaysia-Thailand berjaya dihalang Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sebelum diarah untuk berpatah balik dengan segera pada Ahad lalu.

Ia selepas JKDM mendapati bahawa kontena tersebut mempunyai logo ZIM yang merupakan syarikat perkapalan berpangkalan di Israel itu cuba memasuki negara ini melalui laluan darat di Perlis.

Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim berkata, kontena itu dikesan kira-kira pukul 12 tengah hari selepas melalui terowong mesin pengimbas di Unit Dagangan Jalan Raya, Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQs) di Padang Besar, Perlis.

BACA LAGI: Penganggur dan pelajar jadi suspek baling pasu di Balai Polis Serdang ditahan

BACA LAGI: Angkara tak puas hati ditegur tak pakai helmet, 2 lelaki mabuk baling 'claypot' di Balai Polis Serdang

msg1050426791-33239 (1)

Kontena syarikat ZIM juga sebelum ini pernah didakwa berada di Johor. — Gambar hiasan

"Semasa proses imbasan imej, pengendali mesin pengimbas mengesan kontena digunakan berasal dari Israel berdasarkan logo ZIM yang tertera pada badan dinding luar kontena itu.

"Disebabkan itu, lori terbabit ditahan bagi mendapat pengesahan dan pemeriksaan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, semakan bersama pihak agensi kerajaan lain mengesahkan kontena itu kerana dipercayai milik syarikat berpangkalan dari Israel.

"Kita segera mengarahkan lori kontena berisi barang dagangan berkenaan berpatah balik ke negara jiran pada hari sama," katanya.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan siasatan segera dilakukan berhubung dakwaan kewujudan kontena syarikat sama di sebuah pelabuhan di Iskandar Puteri, Johor.

Beliau menegaskan, kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana syarikat yang mempunyai kaitan secara langsung dengan Israel. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram