Penyanyi pop yeh yeh A Halim meninggal dunia selepas mengadu sakit jantung


  • Massa
  • Khamis, 09 Mei 2024

A Halim meninggal dunia pada usia 77 tahun selepas mengadu sesak nafas.

PENYANYI irama pop yeh yeh, Datuk A Halim dilaporkan meninggal dunia di Hospital Penawar Pasir Gudang, Johor Bahru, Johor pukul 10.01 pagi Khamis.

Allahyarham A Halim atau nama sebenarnya, Halim Md Diah, 77, dimasukkan ke hospital kira-kira pukul 7 petang Rabu selepas mengadu sesak nafas.

Arwah difahamkan mengalami lumpuh sebelah badan selepas menghidap strok sejak lima tahun lalu.

BACA LAGI: Penyanyi Mimpi Yang Tak Sudah, Ibnor Riza meninggal dunia

BACA LAGI: Hail Amir meninggal dunia di HKL

Jenazah arwah akan dibawa ke Masjid Al Falah dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Cahaya Masai, Pasir Gudang selepas waktu zuhur.

Beliau sebelum ini tinggal bersama anak keduanya, Elly Halim di Seri Alam, Pasir Gudang.

Allahyarham mempunyai enam anak, 22 cucu dan tiga cicit.

Untuk rekod, media melaporkan penyanyi dan pencipta lagu Kisah dan Tauladan itu tidak lagi dapat menyanyi kerana peti suaranya sudah rosak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram