SETIAP guru mempunyai pelbagai cara dan inisiatif dalam memupuk keinginan pelajar untuk hadir ke sekolah.
Namun, pendekatan dilakukan salah seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah dekat ibu kota baru-baru ini mengundang perdebatan dek kerana ganjaran wang ringgit yang diberikan kepada pelajarnya jika mencapai kehadiran penuh.
Menurut perkongsian di laman Twitter pada Isnin, seorang individu meluahkan kesedihannya apabila dikecam rata-rata guru di sekolahnya kerana menawarkan ganjaran yang disifatkan sebagai satu bentuk rasuah kepada pelajar.
BACA LAGI: Ada sebab wanita tak boleh berpoligami, lebih terdedah masalah kelamin — Mufti Pulau Pinang
BACA LAGI: [VIDEO] Mufti gesa siasat, ambil tindakan segera terhadap pihak dakwa Nabi Muhammad sebagai Tuhan
Wan Salim Wan Mohd Noor turut terkesan dengan kekeliruan yang melanda warganet berhubung isu rasuah antara guru dan pelajar di sekolah.
Meskipun tidak berniat mencetuskan sebarang kekecohan mahupun gejala negatif di sekolah, individu terbabit mendakwa beberapa guru telah mula membuat aduan kepada pihak pengurusan berhubung inisiatif dilakukan.
Mengulas lanjut berkaitan hal itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor tampil memberi penjelasan susulan kekeliruan yang melanda di laman media baru-baru ini.
Jelasnya, perbuatan memberi ganjaran kepada pelajar atas faktor kebaikan bukanlah satu kegiatan rasuah.
Ia lebih bersifat ganjaran dan pemangkin semangat buat sesetengah pelajar untuk hadir ke sekolah sekali gus menambah baik prestasi pembelajaran mereka.
"Tak salah sebenarnya kalau guru nak hadiahkan wang sebagai ganjaran untuk ke sekolah, sekurang-kurangnya mereka jadi rajin dan prestasi meningkat.
"Asalkan si pemberi tiada niat tersembunyi untuk mendapatkan nama ataupun membangga diri di khalayak ramai, ia tidak jatuh hukum rasuah.
"Ramai yang masih keliru bab ini jadi saya nasihatkan guru dan warga pendidik terutamanya jangan cepat melatah dan menjatuhkan hukum tanpa kaji selidik," katanya kepada Majoriti. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram