PENYANYI otai era 80-an, Ibnor Riza menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3.30 petang Ahad.
Ibnor Riza atau Ibnor Riza Ibrahim yang terkenal dengan lagu Mimpi Yang Tak Sudah meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Mukriz (HCTM), Kuala Lumpur.
Berita pemergian penyanyi itu dikongsikan rakan artisnya, Datin Salwa Abdul Rahman melalui hantaran di Instagram.
"Sahabatku sudah tiada. Semoga arwah tenang dan damai di sana dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman," katanya.
Selain itu, beberapa portal media turut memuat naik poster takziah atas pemergian penyanyi tersebut.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh penyanyi, Nizam Laksamana menerusi perkongsian pada Facebook.
Nizam memberitahu, isteri Ibnor memaklumkan bahawa suaminya menjalani pembedahan pada pukul 9 malam pada 2 Disember lalu.
Pada 19 Februari lalu, Ibnor yang turut popular dengan lagu Meneka Dalam Kesamaran dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Port Dickson selepas pengsan di rumah.
Sebelum itu, Ibnor diserang pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, tahap kolesterol tinggi, buasir, darah tinggi dan migrain yang teruk. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram