Tun M yang benarkan, saya tetap tidak izinkan kapal Israel berlabuh di Malaysia — PM Anwar


  • Primer
  • Selasa, 07 Mei 2024

Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tiada kebenaran diberikan buat kapal Israel untuk berlabuh di Malaysia. — The Star

"TIADA kebenaran diberikan untuk kapal Israel berlabuh di Malaysia".

Kenyataan itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan dakwaan kapal kargo Israel (ZIM Rotterdam) yang dikatakan berlabuh di Pelabuhan Klang pada 29 April lalu.

Jelas beliau, pendirian kerajaan Malaysia tetap sama iaitu tidak membenarkan mana-mana kapal Israel berlabuh di negara ini.

BACA LAGI: Percaya usaha damai antara sebab kapal Israel dibenarkan berlabuh di Malaysia pada 2002 — Tun M

BACA LAGI: Kritik pemimpin politik Malaysia, Muda selar kenyataan profesor pro-Israel AS ketika berucap di UM

“Tidak. Kami tidak membenarkannya. Yang membenarkan kapal Israel berlabuh di Malaysia pada 2002 ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membawa masuk ZIM.

“Adakah anda masih ingat apabila kapal-kapal Israel masuk pada tahun 2002? Itu Tun Dr Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri dan beliau tidak memberi sebarang alasan untuk itu.

“Tetapi kami membatalkannya. Saya dan anggota Kabinet saya telah membatalkannya kerana ini adalah pendirian kami, kami tidak akan memberi kebenaran untuk kapal Israel berlabuh di Malaysia,” katanya.

2450608

Syarikat perkapalan ZIM yang didakwa mendarat di pelabuhan Port Klang baru-baru ini.

Anwar berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya pada Selasa.

Minggu lalu, sebuah portal berita tempatan menerbitkan laporan yang mendakwa semakan aplikasi 'Marine Traffic' mendapati bahawa kapal kargo ZIM Rotterdam telah berlabuh di Pelabuhan Klang.

Laporan itu juga mendakwa, syarikat perkhidmatan perkapalan milik Israel telah berlabuh di Pelabuhan Klang pada 29 April lalu sebelum berlepas sehari kemudian ke Pelabuhan Shantou China.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, beliau tidak menerima sebarang maklumat mengenai dakwaan itu dan mengatakan bahawa siasatan akan dijalankan sambil mengulangi pendirian tegas Malaysia terhadap rejim Israel.

Pada Disember tahun lalu, Anwar berkata, Putrajaya telah mengenakan larangan ke atas syarikat perkapalan Israel ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia.

Anwar berkata, Kementerian Pengangkutan telah ditugaskan untuk melaksanakan larangan kekal ke atas syarikat itu.

Pada masa sama, Anwar berkata, Malaysia juga telah mengenakan larangan ke atas mana-mana kapal yang dalam perjalanan ke Israel daripada memuatkan kargo di pelabuhan Malaysia. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram