Polis buru pemilik akaun media sosial, sebar kebencian bola sepak — Saifuddin


  • Primer
  • Selasa, 07 Mei 2024

Saifuddin menggesa penyokong bola sepak Malaysia supaya tidak menyebarkan kebencian. — Facebook/Saifuddin Nasution Ismail

MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam usaha mengesan pemilik akaun media sosial yang menyebarkan hantaran bersifat peribadi terhadap pemain bola sepak kebangsaan.

Memetik laporan Berita Harian, akaun media sosial yang turut mensasarkan beberapa individu lain dalam sukan tersebut dilihat cuba menimbulkan rasa benci terhadap sasaran mereka dalam kalangan warganet yang lain.

Kata Saifuddin, akaun media sosial berkenaan turut menyemai kebencian terhadap satu-satu sasaran hingga kehidupan peribadinya disentuh.

BACA LAGI: KDN dalam peringkat akhir pinda Akta Penagih Dadah

BACA LAGI: Tun M yang benarkan, saya tetap tidak izinkan kapal Israel berlabuh di Malaysia — PM Anwar

441189659_990322975794516_4206109241253795291_n

Saifuddin mengatakan pihak polis melakukan siasatan terperinci mengenai kes Faisal Halim. — Facebook/Saifuddin Nasution Ismail

"Perkara itu tidak boleh dipandang ringan kerana ia menumbuhkan rasa kebencian yang berlebihan. Yang mana isi kandungan posting (hantaran) itu cuma bertujuan untuk membangkitkan kebencian sahaja, menghina, memperlekeh.

"Ada sampai dalam kepada laporan kita (Kementerian Dalam Negeri) kewujudan beberapa laman sosial dalam bentuk Facebook dan sebagainya mensasarkan beberapa individu pemain-pemain bola kebangsaan," kata Saifuddin.

Saifuddin turut menggesa para penyokong bola sepak di negara agar tidak keterlaluan hingga menyemai kebencian terhadap individu-individu yang terlibat dalam sukan tersebut.

Sebaliknya, dia menyeru agar sokongan padu diberikan agar skuad negara lebih berjaya dalam misi mendaki ranking FIFA.

"Saya gesa supaya itu semua (hantaran kebencian) dihentikan kerana itu sangat tidak baik, sebab dunia bola sepak negara kita masih kecil.

"Keutamaan patutnya meningkatkan prestasi wujudkan keadaan kondusif naikkan ranking kita. Sukan yang sangat popular (bola sepak) tetapi dua insiden yang kebelakangan ini sangat menyedihkan," ujar Saifuddin.

Saifuddin mendedahkan yang pihak polis ketika ini sedang melakukan siasatan mendalam mengenai kes simbah asid terhadap Faisal Halim serta kejadian samun melibatkan Akhyar Rashid.

Kata Saifuddin lagi, dia memberikan jaminan pihak polis sentiasa komited dalam menyiasat kes tersebut dengan misi mereka adalah mahu mengheret si pesalah ke muka pengadilan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram