[VIDEO] Disyaki khianat 2 hari berturut-turut, polis siasat motif suspek campak bekas puntung rokok depan kediaman di Kepong


  • 112
  • Selasa, 07 Mei 2024

Tangkap layar seorang lelaki didakwa sengaja mencampak bekas puntung rokok depan sebuah kediaman di Kepong, Kuala Lumpur pada Isnin.

SEORANG suspek dirakam melakukan perbuatan khianat apabila mencampak bekas puntung rokok di sebuah kediaman dekat Kepong, Kuala Lumpur pada Isnin.

Kejadian itu disedari pemilik rumah terbabit selepas video kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan perbuatan pelaku yang didakwa melakukan kegiatan itu dua hari berturut-turut.

Insiden itu kemudiannya meraih perhatian warganet dan meraih lebih 50,000 jumlah tontonan di Facebook.

BACA LAGI: [VIDEO] Rebut jalan punya pasal, lelaki 'baran' tahan kereta, ajak bertumbuk di Pagoh

BACA LAGI: Tun M yang benarkan, saya tetap tidak izinkan kapal Israel berlabuh di Malaysia — PM Anwar

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, semakan mendapati laporan telah dibuat oleh seorang lelaki pukul 3.05 pagi Isnin.

"Siasatan awal dijalankan sehingga kini tidak dapat mengenal pasti individu yang disyaki.

"Pengadu juga tidak mengesyaki mana-mana individu," katanya dalam satu kenyataan ringkas pada Selasa.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi polis bagi tindakan lanjut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram