Nak nampak 'letop' masa kahwin, elak 5 makanan sebelum bergelar raja sehari


  • Sihat
  • Rabu, 17 Mei 2023

Selain melakukan aktiviti fizikal, cuba elakkan pengambilan makanan seperti makanan manis dan makanan dalam tin sebelum berkahwin.

KELIHATAN cantik jelita atau tampan bergaya pada majlis perkahwinan menjadi keinginan setiap pasangan yang bergelar raja sehari.

Bermula daripada pemilihan busana pengantin, padanan kasut, solekan wajah hinggalah ke wangian, semua itu penting dan perlu sempurna.

Bukan sahaja penampilan luaran, malah bentuk tubuh badan juga perlu dijaga rapi agar kelihatan anggun dan mempesona.

Bukan sahaja melakukan aktiviti fizikal, penjagaan makanan juga penting agar mendapat tubuh badan yang langsing dan keadaan permukaan kulit wajah berseri.

Justeru berikut perkongsian Dr Raihana Ismail di media sosial terhadap jenis pengambilan makanan yang dibolehkan.

front view little creamy cake with raspberries cherries and little biscuits tea cinnamon on the white-light desk fruit sweet berry cream

Elakkan diri daripada pengambilan makanan manis demi kebaikan kesihatan.

Elak 'tapau' guna plastik

Kesibukan jadual harian dan aktiviti kerja membuatkan seseorang lebih mudah memilih untuk mendapatkan makanan dengan cara membelinya di kedai.

Apabila melibatkan pembelian, umum mengetahui makanan tersebut berkemungkinan akan dibungus menggunakan beg plastik terutama hidangan berkuah.

Sebaiknya elakkan daripada berbuat demikian tidak kira sama ada membeli makanan atau minuman yang dibungkus dalam bekas BPA.

BPA atau bisphenol-A merupakan zat kimia yang digunakan dalam bekas makanan dan minuman seperti botal air.

Perkara itu dikhuatiri akan menyebabkan timbulnya estrogen kepada wanita.

Kandungan estrogen yang tinggi berkemungkinan akan mengakibatkan kenaikan berat badan, kanser payudara, masalah tiroid dan kandungan cairan tinggi dalam badan.

Elak makanan manis

Pencuci mulut seperti kek, minuman bergas, biskut atau sebarang manisan antara hidangan yang digemari.

Namun, segala makanan itu akan mengakibatkan estrogen wanita berlebihan sehingga mengakibatkan kilang telur menghasilkan lebih banyak hormon lelaki iaitu entrogen.

Disebabkan keadaan itu akan menyebabkan keluarnya bulu di muka seperti misai atau janggut.

Bagi lelaki pula mengalami masalah perut buncit dan pengumpulan lemak di payudara.

Elakkan makanan dalam tin

top-view-seafood-cans-with-tomatoes

Makanan dalam tin juga antara yang perlu dielakkan sebelum bergelar raja sehari.

Makan dalam tin seperti ikan sardin, susu pekat, buah-buahan perlu dielak beberapa bulan sebulan mendirikan rumah tangga.

Kehadiran radang aluminium dalam darah secara tidak langsung boleh mengganggu hormon dalam badan.

Kurangkan makanan berasaskan tepung putih

Kurangkan pengambilan makanan berasaskan sumber tepung putih atau gluten seperti kuih dan gorengan.

Tepung putih dikhuatiri menyebabkan usus menipis dan sistem penghadaman akan bermasalah serta hormon terganggu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram