Dakwah dalam filem, 5 karya layar perak dari seberang wajar ditonton


  • Hiburan
  • Khamis, 04 Mei 2023

Penyampai dakwah dan penjelasan terhadap beberapa keraguan dalam kalangan masyarakat dijelaskan dalam filem berbentuk kerohanian.

FILEM, muzik, puisi merupakan sebahagian karya seni yang tidak pernah ketinggalan untuk digunakan sebagai medium pendidikan dan menyebarkan ajaran Islam.

Penyampaian yang santai dan bersahaja membuatkan penonton berasa lebih dekat dan mudah untuk memahami sebarang kemusykilan.

Secara tidak langsung, menonton filem juga mampu membuka minda dan mempelajari sesuatu perkara baharu.

Justeru, berikut lima filem berbentuk kerohanian terbitan Republik Indonesia yang menjadi kegemaran penonton kerana memiliki mesej dan penjelasan tentang dakwah.

Perempuan Berkalung Sorban, 2009

MV5BYWQwMjhkZDktYjRjYS00YTgxLTk0OGUtZmM0ZTAwZmM5ZDhlL2ltYWdlXkEyXkFqcGdeQXVyMzM2NzMxNTY@._V1_

Diarahkan oleh Hanung Bramantyo, filem ini membuatkan masyarakat berfikir tentang pandangan dan pola pemikiran masyarakat di sebuah pusat pengajian agama.

Sejak kecil, Anissa yang merupakan anak seorang guru agama seirng mendapat layanan tidak adil daripada bapanya. Disebabkan dia perempuan, maka pendidikan bukan satu hal penting buat dirinya.

Disebabkan itu dia berusaha untuk mendapat kepastian hidup daripada bapa saudaranya Khudori.

Filem lakonan Revalina S.Temat, Oka Antara, Reza Haradian, Francine Roosenda, Widyawati, Eron Lebang dan Frans Nicholas itu turut mendapat banyak kritikan daripada sekolah agama kerana plot penceritaan dianggap menyimpang daripada keadaan sebenar.

Ketika Cinta bertasbih, 2009

ezgif-2-7143fb2733

Dilakonkan oleh Kholidi Asadil Alam, Oki Setiana Dewi, Alice Norin, Andi Aryril Rahman dan Meyda Sefira sementara diarahkan oleh Chaerul Umam.

Filem ini bukan sahaja memiliki elemen romantik, tetapi turut menjelaskan beberapa perkara tentang agama Islam seperti poligami, perkahwinan, adab pergalan lelaki perempuan dan kekuasaan takdir TUHAN.

Ajari Aku Islam, 2019

MV5BOWNlYzVlYWEtZTM4NC00M2Y2LWI3OTgtZDlmNDBjNzViZWE0XkEyXkFqcGdeQXVyNzEzNjU1NDg@._V1_

Dilakonkan oleh Roger Danuarta, Cut Meyriska, Shinta Naomi dan Clara Jennifer.

Diasaskan daripada kita benar, penerbit dan penulis skrip, Jaymes Riyanto tentang perbezaan agama dan budaya antara Kenny dan Fidya.

Kedua-duanya saling jatuh cinta dan berlaku konflik antara mereka lebih-lebih lagi Fidya bukan pilihan orang tua Kenny.

Emak Ingin Naik Haji, 2009

ezgif-2-de6e547bdf

Diarahkan oleh Aditya Gumay manakala dilakonkan oleh Reza Rahadian, Aty Cancer Zein, Niniek L. Karim, Aswin Fabanyo, Henidar Amroe dan Cut Memey.

Filem ini menceritakan tentang seorang wanita warga emas yang mempunyai hasrat untuk menunaikan haji. Setiap hari wanita tua itu bersungguh-sungguh menyimpan wang hasil daripada jualan kuih.

Pelbagai cabaran perlu ditempuh begitu juga dengan anak lelakinya Zein. Disebabkan kesempitan hidup, mereka tidak mampu untuk menunaikan impian itu.

Filem ini turut mencerminkan tentang perbezaan kehidupan masyarakat miskin dan kaya yang mampu menunaikan umrah dan haji beberapa kali.

99 Nama Cinta, 2019

ezgif-2-bbf2bc586f

Perbezaan mengendalikan program hiburan yang sibuk mengejar gosip kepada kuliah agama membuatkan Talia berubah.

Malah hubungannya dengan Kiblat sejak kecil juga menjadi semakin akrab.

Disampaikan secara santai, filem ini mampu memberi pendedahan kepada penonton tentang 'dunia tipu-tipu' industri hiburan.

Bintang seperti Acha Septriasa, Deva Mahenra, Ira Wibowo, Donny Damara, Adinda Thomas, Dzamin Nur dan Selvi Kitty terlibat dalam filem ini manakala diarahkan oleh Danial Rifki. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram