Kerjasama jurulatih Kedah, Selangor jadi harapan gantikan E. Elavarasan


  • Podium
  • Khamis, 11 Mei 2023

Skuad Harimau Muda dikatakan memerlukan lebih banyak latihan dalam teknik kawalan bola dan corak permainan agar lebih kemas. — Facebook/FAM

PRESTASI buruk skuad kebangsaan bawah 22 Tahun (B-22) ketika Sukan SEA 2023 nyata mengecewakan penyokong.

Lebih malang, apabila sikap pengadil seperti berat sebelah dan permukaan padang yang buruk secara tidak langsung mempengaruhi corak permainan pasukan.

Kesannya Malaysia terpaksa berlapang dada menerima keputusan bahawa skuad Harimau Muda gagal melepasi saingan kumpulan bola sepak lelaki.

Namun, itu bukannya tanda noktah pada barisan pemain yang sememangnya sudah berusaha berjuang sehabis baik.

Hanya nasib tidak menyebelahi. Bagaimanapun, kegagalan itu perlu membuka mata banyak pihak mengenai perubahan yang perlu dilakukan.

Melihat kepada situasi itu, ada yang mencadangkan agar jurulatih Kedah Darul Aman (KDA) FC, Nafuzi Zain bergabung dengan jurulatih Selangor FC, Nizam Jamil.

majoriti2023 (97)

Nafuzi Zain (kiri) dan Nizam Jamil dicadangkan bergabung untuk melatih skuad Harimau Muda B-22.

Pengalaman dan pengetahuan kedua-dua 'otai' bola sepak itu boleh dijadikan panduan buat pemain lantas menggantikan jurulatih, E. Elavarasan.

"Coach Nafuzi dan Nizam Jamil bergabung untuk skuad bawah 22, apa pendapat?" kata Baith Rasdi.

Mendengarkan hal itu, sudah tentu ramai yang menaruh harapan dan sokongan agar Harimau Muda mengeluarkan taringnya sekali gus menjadi pasukan digeruni.

"Boleh. Sebab masing-masing coach muda fresh dengan taktikal yang mantap," kata Mohd Amer.

"Boleh juga sebab mereka sudah membuktikan kemampuan menaikkan pasukan lepas ambil alih," kata Say What.

2064930

Skuad Harimau Muda pulang awal dalam perlawanan di Sukan Sea 2023. — Facebook/FAM

Namun, tidak kurang juga yang menentang dan mengatakan pemain sendiri perlu mencorakkan pasukan dan bukannya jurulatih.

"Yang tidak perform player bukan jurulatih," kata Azimat Muzika.

"Kalau pemain tak bagus, bagilah jurulatih dunia, belum tentu juga bagus," kata Rosli Kasim.

"Kelemahan pasukan B-22 ialah sikap individu seperti kawalan bola, passing, tahan bola, dribble, stamina.

"Benda ini boleh diatasi jika setiap akademi dan kelab memberi latihan secukupnya," kata Bakar Ghaffar.

Peluang skuad Harimau Muda untuk mara ke peringkat separuh akhir tertutup selepas tewas dengan Vietnam 1-2 pada perlawanan ketiga Kumpulan B.

Kekalahan itu menyaksikan mereka gagal ke separuh akhir kerana hanya berjaya mengutip tiga mata daripada tiga perlawanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram