Beego-Linda rujuk semula kurang 2 minggu selepas lafaz cerai


  • Hiburan
  • Isnin, 08 Mei 2023

Beego (kiri) dan Linda memutuskan untuk berbaik semula dan membatalkan penceraian mereka.

PELAKON dan penyanyi Beego meluahkan rasa syukur apabila rumah tangga dengan isteri, Linda Hashim kembali pulih dan berbaik semula.

Beego atau nama sebenarnya Mohd Aszerul Nizam Abdullah, 43, berkata, dia dan isteri Norhazlinda Hashim, 39, berusaha untuk tidak menghebohkan penceraian mereka kepada umum sebaik mungkin.

“Saya bersyukur sebab saya cuba sebaik mungkin menutup penceraian lalu.

“Khabar rujuk semula ini juga menjadi salah satu tanda positif kepada rumah tangga kami. Setidak-tidaknya kami dapat menjadi kekuatan dengan pengakhiran yang baik,” katanya kepada Majoriti.

Beego dan Linda hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak mereka.

Kedua-dua mencapai kata sepakat untuk rujuk semula pada 9 April lalu selepas bercerai pada 27 Mac 2023.

Beego dan Linda mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram