PELAKON dan pengarah, Syamsul Yusof menerima permohonan hadanah yang difailkan oleh isterinya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Rabu.
Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39, berkata, dia tidak akan bertindak kejam untuk memisahkan ibu dengan anak-anak.
“Sarah, jangan risau tentang anak-anak. Saya bukan seorang ayah yang kejam.
“Saya takkan ambil anak-anak daripada ibunya sendiri,” katanya dalam Sidang Media Khas pada Rabu.
Dalam pada itu, Syamsul juga mengaku masih menyayangi Sarah meskipun sudah mengatakan isterinya berlaku curang dengan lelaki lain yang berstatus suami orang.
Syamsul juga memberitahu ada berusaha untuk berbincang dengan Puteri Sarah termasuk soal penjagaan anak, namun tidak mendapat reaksi yang baik daripada isterinya itu.
“Saya ada bertanyakan bagaimana dengan tempat tinggal, makanan dan penjagaan anak nanti, tetapi dia tidak mahu.
“Saya menghubungi Sarah untuk berbincang menyelesaikan kemelut. Saya tanya apa dia mahu? Bukan mahu terus bercerai, berbincang dahulu,” ujarnya.
Syamsul memberitahu cuba untuk berbincang dengan Puteri Sarah soal penjagaan anak, namun mendapat reaksi dingin.
Puteri Sarah yang dihubungi bagaimanapun memberi reaksi dingin dan meminta untuk dilepaskan kerana mempunyai ‘pengganti’.
“Malangnya bila saya hubungi, dia minta dilepaskan dan cakap sudah ada orang lain,” jelasnya sambil menambah menganggap apa yang dilaluinya itu sebagai dugaan orang beristeri dua.
Puteri Sarah dikatakan menolak untuk berbincang dengan Syamsul sebaliknya meminta untuk diceraikan kerana mempunyai orang lain.
Sebelum ini, Puteri Sarah memfailkan permohonan penceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Bagaimanapun pada Januari lalu, Syamsul akhirnya mengaku sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand.
Syamsul kemudian memfailkan nusyuz ke atas Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor manakala Puteri Sarah memfailkan tuntutan hak penjagaan anak (hadanah) di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.
Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 6, dan Summayah,5. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram