PENGARAH dan pelakon, Syamsul Yusof tiba dalam keadaan tenang di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bagi perbicaraan sebutan kes penceraian dengan isterinya, Puteri Sarah Liyana pada Selasa.
Syamsul atau nama lengkapnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39, yang lengkap mengenakan pakaian serba hitam sempat bertegur sapa dengan pengamal media yang hadir.
“Assalamualaikum, lama tidak dengar suara Syamsul kan, “ ucapnya ringkas.
Syamsul datang bersama peguam dan pegawai peribadi pada pukul 9.05 pagi.
Sementara itu, Puteri Sarah yang tiba pulul 9.37 pagi pula tiba dalam keadaan sedikit tergesa-gesa kerana kelewatan kerana menguruskan anak.
“Saya tadi menguruskan anak. Saya okay, saya reda, saya gembira. Semoga dipermudahkan segalanya hari ini,” jelasnya.
Sarah ketika hadir ke mahkamah pada Selasa.
Sarah yang juga hadir ditemani peguam mengenakan jubah hitam dengan padanan tudung berwarna merah jambu.
Sarah yang juga isteri pertama Syamsul membuat fail cerai pada 16 Januari lalu.
Untul rekod pergolakkan rumah tangga pasangan itu hangat diperkatakan sejak 2021, namun Sarah sebelum ini mengakui rumah tangga mereka mula bermasalah sejak empat tahun lalu.
Untuk rekod Syamsul dan Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 serta mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Summayyah 4. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram