Bekas isteri Hafidz Roshdi DM Puteri Sarah, minta nasihat berdepan ‘penyondol’ rumah tangga


  • Hiburan
  • Sabtu, 25 Feb 2023

Puteri Sarah mengakui menerima kiriman DM daripada Nurul Shuhada mengenai masalah rumah tangganya.

PELAKON Puteri Sarah mengesahkan bekas isteri kepada aktor Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri ada menghubunginya untuk mendapatkan nasihat untuk berhadapan dengan pihak ketiga dalam rumah tangga.

Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, berkata, Nurul Shuhada menghubunginya menerusi pesanan peribadi (direct message) di media sosial meminta untuk mendoakan perkhawinan.

“Sebagai wanita tentu sahaja saya tahu dia menderita, jadi saya hanya menasihatkan dia tentang apa yang perlu dilakukan bagi berhadapan dengan pihak ketiga.

“Terpulang kepada dia, apa yang berlaku pada dia tiada kena mengena dengan saya. Dia bertanyakan tentang tindakan peguam dan saya hanya memberi nasihat,” katanya yang ditemui ketika Majlis Pertunjukan Fesyen Cosry di Kuala Lumpur pada Sabtu.

WhatsApp Image 2023-02-25 at 6.43.53 PM

Hafidz Roshdi (kanan) bersama Nurul Shuhada dilaporkan cerai pada Rabu lalu.

Dalam pada itu, Puteri Sarah turut memberitahu Nurul Shuhada, 29, meluahkan perasaan dan berkongsikan tentang keadaan rumah tangganya dengan suami.

“Dia ada cerita dengan saya, jadi saya dengar saja. Saya sendiri pun ada masalah sendiri, tetapi saya dengarkan saja,” jelas ibu kepada dua cahaya mata itu.

Terdahulu, pelakon Hafidz Roshdi, 29, dilaporkan sudah menceraikan isterinya, Nurul Shuhada menerusi panggilan telefon di hadapan keluarga pada Rabu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram