PERKONGSIAN penyanyi, Yazmin Aziz di media sosial menarik perhatian lebih-lebih lagi apabila dia memuat naik gambar bersama seorang lelaki lelaki yang kini merupakan kekasih baharunya.
Yazmin atau nama sebenarnya Yazmin Aldwin Abdul Aziz, 22, kini bahagia menjalani hubungan cinta dengan pemain bola keranjang yang dikenali sebagai Austin Veloso, 26, dan berasal dari Hong Kong.
“Awalnya saya tidak memberi respons apabila dia sering ajak untuk berjumpa. Tetapi sebelum dia pulang ke Hong Kong, kami ada berjumpa. Ketika itu ibu saya turut serta bersama.
Yazmin sedia untuk mendirikan rumah tangga selepas tamat belajar pada hujung tahun ini.
“Segalanya bermula apabila saya dan keluarga menyaksikan perlawanan yang disertai Austin di sini (Kuala Lumpur) dan saling mengenali selepas bergambar bersama disebabkan ajakan peminat,” katanya.
Jelas penyanyi lagu Pencuri Hati itu, dia juga bersedia untuk menamatkan zaman bujang dan yakin pada hubungannya dengan Austin.
“Meskipun kami menjalani hubungan jarak jauh, saya dan Austin sentiasa berusaha untuk mengekalkan hubungan dan menemui antara satu sama lain biarpun sekadar sebulan sekali. Tidak mengira sama ada saya ke Hong Kong atau dia ke sini.
“Sejak dahulu lagi saya memang memiliki hasrat bercinta untuk mencari pasangan dan berkahwin. Melihat kepada itu, saya dapat merasakan sifat Austin yang turut sehaluan dengan pendirian saya.
“Sejujurnya saya bersedia untuk berkahwin dan usia muda bukan penghalang. Sekiranya ada jodoh, saya mungkin merancang berkahwin pada hujung tahun ini selepas tamat belajar,” katanya yang kini sedang menuntut di sebuah universiti swasta.
Hubungan Yazman dan Nixon putus selepas tiga bulan perkenalan.
Dalam pada itu, Yazmin turut menjelaskan bahawa hubungannya dengan pemain bola sepak, Nixon Guylherme terkandas di tengah jalan.
Tidak dinafikan perbezaan pendapat, budaya dan bahasa menjadi antara punca perpisahan hubungan tersebut.
“Terlalu banyak perkara yang berbeza antara kami dan bahasa juga menjadi salah satu sebab mengapa hubungan kami gagal,” ujarnya.
Untuk rekod Yazmin dan Nixon iaitu pemain bola sepak berasal dari Brazil dan pernah beraksi untuk pasukan Kelantan FC, mula berpasangan pada Julai 2022 sebelum putus tiga bulan kemudian. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram